Pak Nil bertemu jodoh?

KUALA LUMPUR, 23 Oktober 2017 – Temubual dan fotografi bersama Datuk Aznil Hj. Nawawi sempena Go Pak Nil musim kedua di Pusat Penyiaran Astro di sini, hari ini.
GAMBAR : FAIRUZ IZYANA AYUB
PEMBERITA : AZRUL (hib utusan) / ERYANIE (hib kosmo!)

Pak Nil bertemu jodoh?

Hampir 25 tahun bergelar duda dan bapa tunggal membuatkan pengacara popular Aznil Nawawi atau Pak Nil selesa dengan kehidupan yang dikecapi kini.

Pak Nil memberitahu, walaupun lama menyepi tanpa pasangan istimewa di sisi, itu bukan alasan buatnya terburu-buru mencari pasangan hidup seterusnya menamatkan zaman duda dan kembali berumah tangga.

Bagi Pak Nil, soal jodoh bukan lagi keutamaan buat dirinya kerana sejak tiga dekad lalu dia telah mencurahkan sepenuh rasa cinta dan jiwa terhadap kerja seninya.



“Anak tak pernah tanya pasal jodoh. Mereka pun tahu dan selalu nampak papa dia asyik sibuk dengan urusan kerja.

“Anak sulung saya juga jenis wanita berkerjaya. Soal kahwin bukan keutamaan lagi buat masa ini,” katanya ketika sesi pengumumannya sebagai duta Nakada baru-baru ini.

Menurut Pak Nil, sebagai bapa dia sentiasa menggunakan pendekatan sama seperti ibu bapa lain mendidik anak supaya menjadi insan yang baik dan saling menghormati.

“Saya selalu ingatkan mereka untuk hormat kepada orang tua. Saya juga ajar mereka supaya pandai buat keputusan sendiri dengan betul.



“Paling utama dalam setiap langkah mereka, saya selalu ingatkan untuk fikir panjang dulu sebelum membuat keputusan atau bertindak,” katanya.

Mengulas sedikit mengenai pelantikannya yang dilihat masih relevan sebagai duta, Aznil berkata, dia menerima dengan hati terbuka selagi mana ada pihak yang masih mempercayainya.

“Sejak Mei tahun lalu saya dilantik jadi duta jenama kelengkapan dapur dan barang elektrik jenama Nakada. Kerja memasak pun jadi lebih senang dan jimat masa,” katanya. K Online

Pak Nil bertemu jodoh?




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”



Bumbung pakir Pasaraya Giant diterbangkan ribut [VIDEO]

Objek berputar menyeramkan di Bima Sakti (Milky Way) dikesan saintis



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker