Dia nak mengurat siapa, itu hak dia, saya tidak lagi berstatus isterinya – Nadia Brian



Demikian respons pelakon, Nadia Brian berhubung desas-desus percintaan bekas suaminya, Muizz Nasru­ddin dengan pelakon berstatus ibu tunggal, Fatin Afeefa.

Pemilik nama sebenar, Nadia Najwa Mohamed Rashidi itu berkata, urusan jodoh bekas suaminya tiada kena mengena dengan dirinya, namun dia sentiasa mendoakan yang terbaik buat ahli perniagaan itu.

Bintang filem Ratu Kala Jeng­king itu mengakui berlapang dada jika Muizz kembali bertemu jodoh dengan selebriti bahkan rakan seperjuangan dalam arena seni tanah air.

“Terpulang dia (Muizz) nak berkawan dan berkahwin dengan siapa waima dengan Fatin sekalipun. Jodoh itu merupakan rahsia Allah. Saya sendiri tak sangka berkahwin dengan Muizz, namun akhirnya terpaksa berpisah. Dah namanya jodoh, kita tak tahu.

“Saya dengan Muizz tiada masalah dan tidak berdendam antara satu sama lain. Saya doakan yang terbaik buat dia dan buat semua orang. Saya juga berharap dia mendoakan yang baik-baik buat diri saya.




“Dia nak mengurat siapa, itu hak dia. Saya juga mempunyai hak sama sebab saya tidak lagi berstatus isterinya dan dia bukan lagi suami saya,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Terdahulu, Muizz dikatakan cuba mengurat Fatin Afeefa yang memuat naik sekeping gambar menunjukkan dia sedang me­lakukan kerja di hadapan komputer riba.

One day, or day one? You decide. (Satu hari atau hari pertama? Anda tentukan),” tulis Fatin sebagai kapsyen.

Muizz kemudian membalas dengan menulis: “A day with you (sehari bersama anda).”

Nadia, 31, berkahwin dengan Muizz 9 November 2019, namun bercerai talak satu 3 April 2021.




Dia nak mengurat siapa, itu hak dia, saya tidak lagi berstatus isterinya – Nadia Brian


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Bumbung pakir Pasaraya Giant diterbangkan ribut [VIDEO]

Objek berputar menyeramkan di Bima Sakti (Milky Way) dikesan saintis



Leave a Reply

Your email address will not be published.