PN tak pasti tentang guna Muhyiddin sebagai ‘poster boy’.

PN tak pasti tentang guna Muhyiddin sebagai ‘poster boy’.

Perikatan Nasional (PN) Johor membayangkan tidak akan menggunakan strategi sama seperti di Melaka dengan mempertaruhkan Muhyiddin Yassin sebagai “poster boy” pada pilihan raya negeri (PRN).

“Lain padang lain belalang, lain keadaan… kita belajarlah daripada itu (PRN Melaka).

“Kita akan lakukan (strategi)…memang berbeza. Tahulah apa kita nak buat (nanti),” kata Ketua Penerangannya, Mohd Solihan Badri kepada FMT.

Beliau yang juga Ketua Bahagian Bersatu Ledang mengulas mengenai ramalan segelintir pihak, khususnya pemerhati politik, bahawa jika Muhyiddin terus menjadi “poster boy” pada PRN Johor, PN yang dianggotai Bersatu, PAS dan Gerakan akan “hancur”, malah Bersatu yang bercita-cita untuk menggantikan Umno akan “bungkus awal”.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Johor Abdullah Husin berkata, keputusan mengenai siapa “poster boy” gabungan itu belum dimuktamadkan setakat ini.

“Dah bincang tapi kita belum buat keputusan sebab kita terikat dengan pihak pusat.

“Sebab apa-apa arahan kita ikut PAS Pusat,” katanya kepada FMT.

Pada PRN Melaka 20 Nov lepas, Bersatu hanya memenangi dua kerusi, iaitu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang dan Bemban, manakala PAS yang bertanding di lapan kerusi gagal memenangi mana-mana kerusi.

Mengenai beberapa kontroversi peribadi melibatkan Presiden Bersatu itu yang mula didedahkan oleh beberapa portal, Abdullah berkata, “permainan kotor” itu perkara biasa yang akan digunakan pihak lawan dalam mana-mana pilihan raya.

“Bila berlaku PRN atau pembubaran (DUN), nak pilihan raya ni macam-macam la isu timbul, itu perkara biasa. Tetapi kita pada dasarnya tak suka fitnah atau perkara yang digembar-gemburkan atau ditimbulkan yang tidak berasas,” jelasnya.

Beliau mengulas mengenai dakwaan hubungan sulit bekas Perdana Menteri itu dengan isteri bekas seorang Timbalan Pendakwa Raya yang mula didedahkan pada 2018 yang kini dikitar semula.

Perkara itu terbongkar dengan pendedahan dokumen akuan bersumpah (SD) bekas Timbalan Pendakwa Raya itu mengenai dakwaan hubungan Muhyiddin dan isterinya.

Muhyiddin dikatakan menjadi punca utama perceraian mereka. FMT

PN tak pasti tentang guna Muhyiddin sebagai ‘poster boy’.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Bumbung pakir Pasaraya Giant diterbangkan ribut [VIDEO]

Objek berputar menyeramkan di Bima Sakti (Milky Way) dikesan saintis

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker