Legasi Chong Wei jadi inspirasi juara muda

Kuala Lumpur: Lebih dua dekad selepas mengukir nama sebagai antara pemain badminton paling berjaya negara, Datuk Seri Lee Chong Wei kini mahu membuka laluan baharu buat generasi muda menerusi Piala Lee Chong Wei yang bakal berlangsung buat julung kali bulan ini.
Lebih daripada sekadar kejohanan remaja, Chong Wei membawa misi untuk mencetus inspirasi kepada pemain muda supaya berani memasang impian, bertanding dengan penuh maruah dan membina perjalanan mereka sendiri menuju kecemerlangan.
Lee Chong Wei berkata, sokongan rakan korporat yang semakin bertambah bagi edisi sulung kejohanan itu amat bermakna dalam usaha menyediakan peluang kepada atlet muda merasai pengalaman beraksi dalam pertandingan kompetitif.
“Saya amat berterima kasih kerana begitu ramai rakan korporat tampil memberikan sokongan bagi saingan tahun pertama ini dan membantu menyediakan peluang kepada atlet muda untuk merasai pengalaman menyertai sebuah kejohanan yang hebat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ibnu Rasyeed Teruskan Khidmat Bakti, Hargai Jasa Pejuang UMNO Terdahulu
- RCI: Jangan Jadikan Tabung Haji Mangsa Polemik Politik – Siti Aminah
- UMNO Labuan Perkasa Anak Muda, Peluang Serlah Potensi Masa Depan
RCI Tak Kaitkan Pemimpin BN Dengan ‘Sakau’ TH, Manndzri Tempelak Tuduhan PH
“Kiraan detik sudah bermula dan saya tidak sabar menyaksikan bakat-bakat muda beraksi. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Rakan Penaja Utama kami, Chery, kerana membantu merealisasikan visi saya,” katanya pada sidang media Majlis Memperkenalkan Trofi Kejohanan Badminton Piala Lee Chong Wei 2026, sebentar tadi.
Piala Lee Chong Wei akan berlangsung dari 29 Ogos hingga 6 September di Stadium Juara, bersebelahan Akademi Badminton Malaysia (ABM), dengan mempertandingkan tiga kategori umur iaitu Bawah 13, Bawah 15 dan Bawah 17 Tahun.
Lima acara dipertandingkan dalam setiap kategori iaitu Perseorangan Lelaki, Perseorangan Perempuan, Beregu Lelaki, Beregu Perempuan dan Beregu Campuran.
Menambah nilai kepada kejohanan itu, Piala Lee Chong Wei menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan RM100,000, yang menjadi antara tarikan utama untuk pemain muda bersaing merebut kejuaraan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ‘Tak Banyak Alasan’, Teruskan Khidmat Bersama Rakyat – Tengku Adnan
- Mandat Rakyat Bukan Barang Dagangan, Jangan Dipermainkan – Mohd Razlan
- Kerajaan Tempatan Johor Fokus Permudah Urusan, Tingkat Kualiti Hidup Rakyat
Tabung Haji Bukan Tempat Bermain Kuasa, BN Tuntut Akauntabiliti Tegas – Ir Hasni
Bagi edisi sulung, Piala Lee Chong Wei akan berlangsung secara satu pusingan sahaja, sekali gus memberikan ruang kepada pemain muda untuk menguji kemampuan mereka dalam format yang bakal memberi pengalaman berbeza.
Pada masa sama, trofi rasmi diperkenalkan sebagai simbol utama kejohanan dengan reka bentuknya berasaskan tema ‘Perjalanan Menuju Kecemerlangan & Mencetus Inspirasi Juara’.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Baiki Sistem, Kukuhkan Tabung Haji – Mohd Isam
- RCI TH: Rekod BNM Jelas, Penerangan Menteri Berbeza – Naim Moktar
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.