Kane menang Kasut Emas Eropah musim 2025/26

Kane menang Kasut Emas Eropah musim 2025/26
KANE duduki tempat kelima bersama dalam senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman Piala Dunia FIFA. FOTO AFP

London: Harry Kane dianugerahkan Kasut Emas Eropah bagi musim 2025/26 selepas muncul penjaring terbanyak dalam kalangan pemain yang beraksi di liga domestik utama Eropah setiap musim.

Bekas penyerang Tottenham Hotspur itu sekali lagi tampil dengan prestasi cemerlang bersama Bayern Munich, selain meneruskan rekod jaringan luar biasa bersama England.

Kane meledak 73 gol sepanjang musim, termasuk 12 gol di peringkat antarabangsa bersama The Three Lions, menyamai jumlah jaringan terbaiknya untuk England sejak musim 2021/22.

Kapten England itu turut mencipta sejarah pada Piala Dunia FIFA 2026 musim panas ini apabila The Three Lions mencatat pencapaian terbaik mereka dalam sejarah Piala Dunia lelaki yang berlangsung di luar England.

Kane, pemain ‘outfield’ dengan penampilan terbanyak serta kapten paling banyak beraksi untuk England, muncul penjaring terbanyak The Three Lions dalam sejarah Piala Dunia FIFA sepanjang kejohanan itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

RCI Tak Kaitkan Pemimpin BN Dengan ‘Sakau’ TH, Manndzri Tempelak Tuduhan PH


Dia terlebih dahulu menyamai rekod Gary Lineker sebelum memecahkannya untuk muncul sebagai penjaring terbanyak England di pentas Piala Dunia.

Prestasi tersebut turut melonjakkan Kane ke tempat kelima bersama dalam senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman Piala Dunia FIFA, sekali gus mengukuhkan statusnya sebagai antara penyerang paling prolifik dalam sejarah kejohanan berprestij itu.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

RCI TH: Ahmad Zahid Seru Cari Kebenaran, Henti Polemik

 

 

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker