PSG buru pertahan Piala Super UEFA

PSG buru pertahan Piala Super UEFA
ENRIQUE (kiri) tidak menjangkakan aksi berkualiti tinggi. FOTO Reuters

Salzburg: Paris Saint Germain (PSG) mengintai peluang memulakan musim baharu dengan mempertahankan trofi Piala Super UEFA apabila berdepan Aston Villa di Salzburg, awal pagi esok.

Bagaimanapun, pengendali PSG, Luis Enrique tidak menjangkakan aksi berkualiti tinggi apabila mengakui pasukannya tidak mempunyai masa persiapan mencukupi susulan Piala Dunia yang berakhir lebih tiga minggu lalu.

Musim lalu, PSG menjulang trofi berkenaan buat kali pertama apabila menewaskan Tottenham Hotspur menerusi penentuan penalti, selepas akhirnya memenangi Liga Juara-Juara buat julung kali.

Kejayaan mempertahankan mahkota Eropah itu kini menemukan mereka dengan juara Liga Europa, Aston Villa.’

PSG mempunyai 15 pemain yang beraksi pada Piala Dunia, termasuk pemain tengah Fabian Ruiz yang menjulang trofi bersama Sepanyol serta lima pemain dalam skuad Perancis yang mara ke separuh akhir.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

RCI Tak Kaitkan Pemimpin BN Dengan ‘Sakau’ TH, Manndzri Tempelak Tuduhan PH


“Kami gembira berada di sini kerana ia bermakna kami melakukan tugas dengan baik musim lalu, tetapi dari segi persiapan ia sangat sukar untuk diuruskan,” kata Enrique kepada pemberita, semalam.

“Pemain antarabangsa baru sahaja kembali. Pemain Perancis, Sepanyol dan Maghribi kembali pada Isnin, manakala pemain Brazil dan Portugal kembali seminggu lalu.

“Dalam keadaan untuk menghasilkan aksi bertaraf tinggi esok, ia sukar untuk dilihat. Ada pemain kami yang baru menjalani beberapa sesi latihan, tetapi mereka yang sudah bersedia akan beraksi.

“Dari segi persiapan, keadaan seperti ini bukanlah sesuatu yang sepatutnya berlaku.”

PSG turut akan mempertahankan Piala Super Perancis menentang Lens, Ahad ini.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

RCI TH: Ahmad Zahid Seru Cari Kebenaran, Henti Polemik

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker