LaLiga kembali, Real ‘mengamuk’

Madrid: Debu dan serpihan konfeti sambutan kejayaan Sepanyol di Piala Dunia belum sempat disapu bersih, namun saingan LaLiga sudah kembali mencuri perhatian dengan Barcelona bersedia mempertahankan kejuaraan domestik, manakala Real Madrid tampil dengan misi bangkit selepas dua musim tanpa trofi.
Kurang sebulan selepas Sepanyol menewaskan Argentina di New Jersey untuk menjulang Piala Dunia kedua mereka, sekali gus melengkapkan kejayaan selepas menjuarai Euro, tumpuan bola sepak negara itu kini beralih daripada euforia skuad kebangsaan kepada persaingan sengit di peringkat kelab.
Seperti biasa, dua nama menjadi perhatian utama iaitu juara bertahan Barcelona dan Real yang melalui musim panas dengan jelas menunjukkan keghairahan untuk kembali ke landasan kejayaan.
Presiden Real yang baru dipilih semula, Florentino Perez mengemudi antara jendela perpindahan paling agresif kelab itu dalam tempoh beberapa tahun dengan membawa kembali Jose Mourinho ke Santiago Bernabeu dari Benfica.
Keputusan itu berani, sarat nostalgia tetapi pada masa sama hadir dengan risiko besar.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ibnu Rasyeed Teruskan Khidmat Bakti, Hargai Jasa Pejuang UMNO Terdahulu
- RCI: Jangan Jadikan Tabung Haji Mangsa Polemik Politik – Siti Aminah
- UMNO Labuan Perkasa Anak Muda, Peluang Serlah Potensi Masa Depan
RCI Tak Kaitkan Pemimpin BN Dengan ‘Sakau’ TH, Manndzri Tempelak Tuduhan PH
Mourinho yang pernah digelar ‘The Special One’ kembali ke tempat lama dengan misi membuktikan dirinya masih mampu menjulang trofi.
Beliau sudah 11 tahun tidak memenangi gelaran liga dan empat tahun tanpa sebarang trofi, selain lebih banyak dikaitkan dengan kontroversi ketika berpindah dari satu kelab ke kelab lain.
Bagi Perez, pertaruhan itu juga cukup besar.
Kejayaan berganda Real dalam LaLiga dan Liga Juara-Juara pada 2024, yang menghadiahkan Piala Eropah ke-15 dan keenam dalam tempoh 11 musim, kini seakan sudah jauh berlalu selepas dua musim berturut-turut tanpa trofi.
Kehadiran Kylian Mbappe pada awalnya dilihat seperti menjadikan pasukan yang sudah kuat bertambah kuat, terutama dengan adanya Jude Bellingham dan Vinicius Jr.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ‘Tak Banyak Alasan’, Teruskan Khidmat Bersama Rakyat – Tengku Adnan
- Mandat Rakyat Bukan Barang Dagangan, Jangan Dipermainkan – Mohd Razlan
- Kerajaan Tempatan Johor Fokus Permudah Urusan, Tingkat Kualiti Hidup Rakyat
Tabung Haji Bukan Tempat Bermain Kuasa, BN Tuntut Akauntabiliti Tegas – Ir Hasni
Namun, barisan serangan yang penuh bintang gagal menghasilkan trofi seperti diharapkan.
Perez kemudian bertindak agresif pada jendela perpindahan musim panas apabila Real mendapatkan Yan Diomande, Marc Cucurella, Denzel Dumfries, Ibrahima Konate, Bernardo Silva dan Carlos Espi.
Mereka turut mengikat Vinicius dengan lanjutan kontrak bernilai jutaan euro selepas rundingan yang tegang selama lebih setahun.
Namun, persoalan terbesar penyokong dan pemerhati masih tertumpu kepada bahagian tengah selepas kehilangan Toni Kroos dan Luka Modric.
Barcelona pula memilih kesinambungan dengan sedikit suntikan cita-cita.
Jurulatih Jerman, Hansi Flick kekal menjadi watak utama dalam usaha mempertahankan kejuaraan, dengan kelab itu memberi kepercayaan kepada keseimbangan skuad yang membantu mereka menguasai LaLiga selain membekalkan beberapa tonggak kepada skuad juara dunia Sepanyol.
Lamine Yamal, Dani Olmo, Pedri, Pau Cubarsi dan Ferran Torres memainkan peranan penting dalam kejayaan Sepanyol di Amerika Utara, dengan Torres menjaringkan gol kemenangan pada masa tambahan ketika menewaskan Argentina di final.
Bagaimanapun, masa depan Torres masih menjadi tanda tanya.
Media tempatan melaporkan Paris Saint Germain (PSG) sudah mengemukakan tawaran untuk penyerang berusia 26 tahun itu selepas Barcelona mendapatkan Anthony Gordon dan Karim Adeyemi.
Barcelona juga dilaporkan sedang memburu kapten Sepanyol, Rodri dari Manchester City dalam satu perpindahan berprofil tinggi.
Jika berjaya, kehadiran Rodri bukan sahaja mampu memperkukuhkan bahagian tengah Barcelona malah menjadi mesej jelas kepada seteru utama mereka, Real.Simeone terus diasak
Di Madrid, Atletico Madrid pula memasuki musim baharu dengan persoalan lama serta kemelut baharu.
Diego Simeone bakal memulakan musim ke-15 sebagai pengurus dalam tekanan yang semakin meningkat selepas lima tahun menunggu kejuaraan liga, walaupun kelab itu melakukan pelaburan besar dengan cita-cita tinggi.
Musim lalu memberikan harapan tetapi berakhir tanpa trofi.
Atletico mara ke final Copa del Rey sebelum tewas kepada Real Sociedad menerusi penentuan penalti, selain tersingkir kepada Arsenal pada separuh akhir Liga Juara-Juara.
Kini mereka berdepan masalah lebih rumit apabila penyerang Julian Alvarez secara terbuka meminta untuk meninggalkan kelab, manakala Barcelona pula menyatakan minat terhadap pemain itu.
Atletico sudah menegaskan mereka tidak akan menjual Alvarez kepada pencabar dari Catalan itu.
Namun, dengan ketegangan mula memuncak sebelum sepak mula, saingan merebut kejuaraan LaLiga musim ini berpotensi menyajikan drama bukan saja di atas padang, malah turut tercetus di bilik lembaga pengarah.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Baiki Sistem, Kukuhkan Tabung Haji – Mohd Isam
- RCI TH: Rekod BNM Jelas, Penerangan Menteri Berbeza – Naim Moktar
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.