Sekolah Cina tolak 1,208 guru BM KPM, diganti calon ‘walk in’?

Sikap mahu kekal hidup dalam kalangan sesama sendiri merupakan ‘tembok besar’ yang menyukarkan usaha dijalankan bersama sekolah Cina.

Malah, disebabkan sikap tersebut juga, sekolah Cina pernah bertindak ‘derhaka’ susulan enggan menerima penempatan guru baharu pilihan Kementerian Pendidikan (KPM).

Presiden Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (PPPPPM), Datuk Abdul Raouf Husin mendedahkan, seramai 1,208 guru bahasa Melayu pernah ditolak untuk mengajar di sekolah Cina.



Dedahnya, lebih melampau apabila guru yang ditolak itu digantikan dengan guru baharu diambil secara ‘walk in’.

“Pihak sekolah Cina ini pernah menolak 1,208 guru yang mempunyai opsyen bahasa Melayu daripada pelbagai kaum ke sekolah Cina, sebaliknya pengurusan sekolah berkenaan membuat pengambilan secara ‘walk in’ dalam kalangan kaum mereka.

“Keadaan ini jelas menunjukkan mereka tidak mahu membuka tembok tersebut seolah-olah mahu kekalkan hidup sesama sendiri,” dakwanya kepada Ismaweb.net.

Dakwanya lagi, keadaan itu dilakukan semata-mata mahu mengekalkan sekolah Cina dikuasai oleh kaum mereka sahaja dengan tidak memberi peluang kepada pihak lain memasuki institusi berkenaan.



Abdul Raouf menjelaskan, tindakan mementingkan diri itu dilihat hanya menjahanamkan lagi mutu bahasa Melayu berikutan mereka yang mengajar bukan dalam kalangan individu terlatih.

Lebih mengecewakan lagi, dakwa beliau, sekolah Cina memiliki kuasa untuk menetapkan individu tertentu yang boleh berpindah ke sekolah berkenaan.

Ini selepas pengurusan sebuah sekolah Cina di Perak pernah menolak seorang guru besar semata-mata kerana tidak memiliki asas pendidikan sekolah Cina selain tiada Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

Lebih dahsyat lagi, dakwanya, guru besar berkenaan kemudian segera dipindahkan dan digantikan dengan calon lain yang memiliki kesemua kelayakan dimahukan.



“Ini jelas membuktikan golongan ini terlalu mengutamakan perkauman mereka sehingga sanggup bertindak sedemikian,” dakwanya.

Sekolah Cina tolak 1,208 guru BM KPM, diganti calon ‘walk in’?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Bumbung pakir Pasaraya Giant diterbangkan ribut [VIDEO]



Objek berputar menyeramkan di Bima Sakti (Milky Way) dikesan saintis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker