Ribut petir, hujan di beberapa kawasan hingga 6 Feb

Ribut petir, hujan di beberapa kawasan hingga 6 Feb

Beberapa kawasan sekitar Semenanjung, Sarawak dan Sabah dijangka mengalami ribut petir serta hujan pada waktu petang hingga awal malam bermula hari ini sehingga 6 Feb nanti, kata Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia dalam satu kenyataan di Twitter berkata, kawasan terlibat ialah barat Sabah, barat dan tengah Sarawak serta pantai barat Semenanjung khususnya Kedah, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan pedalaman Pahang.

“Cuaca lembap dijangka berlaku di kebanyakan tempat dengan hujan pada sebelah pagi di pantai timur Semenanjung dan timur Sabah, manakala cuaca panas dan kering dijangka berterusan di negeri-negeri utara Semenanjung.

“Angin kencang dan laut bergelora juga dijangka berlaku di perairan Laut China Selatan dalam tempoh 2 hingga 6 Feb 2022,” menurut kenyataan itu.

MetMalaysia berkata, ramalan itu berdasarkan analisis Model Penyelidikan dan Ramalan Cuaca MetMalaysia (MET-WRF), Pusat Ramalan Cuaca Julat-Sederhana Eropah (ECMWF) dan Sistem Ramalan Global (GFS).

Katanya, orang ramai dinasihatkan sentiasa merujuk laman sesawang www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Sementara itu, cuaca pada sambutan Tahun Baharu Cina pada Selasa dan Rabu diramalkan berlaku hujan dan ribut petir pada sebelah pagi di satu dua tempat di Sarawak.

Ia meliputi kawasan di Kuching, Samarahan, Serian, Sarikei dan Mukah serta di Sabah membabitkan daerah Kudat, Sandakan dan Tawau.

Keadaan cuaca pada petang pula, hujan dan ribut petir dijangkakan berlaku di Kedah, Pulau Pinang, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak (Mukah, Bintulu, Sibu, Kapit, Miri dan Limbang), Sabah (pantai barat, Pedalaman dan Sandakan) dan Labuan.

Pada sebelah malam, hujan dan ribut petir dijangka melanda beberapa kawasan di Perak, Selangor, Sarawak (Bintulu, Sibu, Kapit, Miri dan Limbang) dan Sabah (pantai barat, pedalaman dan Kudat) serta Labuan. FMT

Ribut petir, hujan di beberapa kawasan hingga 6 Feb


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Bumbung pakir Pasaraya Giant diterbangkan ribut [VIDEO]

Objek berputar menyeramkan di Bima Sakti (Milky Way) dikesan saintis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker