Anak Shuib jawab mengenai ibu tiri

Anak Shuib jawab mengenai ibu tiri

Pelawak dan usahawan Shuib mendedahkan dia kerap diasak dengan soal jodoh selepas pemergian isteri tercinta, Allahyarham Siti Sarah.

Pemilik nama Shahmira Muhamad juga mengakui dia sedang mengenali seseorang tetapi hanya berkawan buat masa sekarang. Nampaknya, Shuib akan pening kepala selepas mendengar jawapan mengenai ‘mak baru’ dari anak ketiganya, Ariq Matin.

“Tak nak ibu tiri. Nanti perempuan tu minta duit dekat daddy!”

Itu antara ayat terluncur dari bibir Matin, 7, dalam sebuah video yang dimuat naik dalam akaun Instagram (IG) Allahyarham Siti Sarah, semalam.

Dalam rakaman itu, Matin ditanya kenapa dia tak nak ibu tiri sebagai pengganti Allahyarham.

Sebab tak bazir duit. Nak tahu kenapa? Nanti perempuan tu minta duit.. dekat daddy! Nanti kita jadi miskin.

Naluri anak kadang-kadang betul

Jawapan spontan daripada anak lelaki Shuib itu telah menarik perhatian warganet untuk meninggalkan pelbagai reaksi. Rata-ratanya terhibur dengan gelagat Matin yang jujur dalam berkata-kata.

Malah, ada segelintir netizen yang memuji dengan kepandaian Matin menjaga ayahnya dan adik beradik lain.

@lovetaofficial: Hahaha jujur Matin.

@quinsha_dressmaker: Budak pun tahu perempuan ni macam mana. Tapi adik.. tak semua macam tu.

@seharum_lavender87: Bijaknya Matin. Handsome pula tu.

@sitishaisham: Panjang akal betul Matin ni.

@black_suuweet: Jawapan yang jujur ye Matin.

Terdahulu, penyanyi Siti Sarah Raisuddin meninggal dunia pada 9 Ogos tahun lalu selepas melahirkan anak keempatnya, Ayash Affan dalam keadaan dijangkiti virus Covid-19.

Jenazah Allahyarham disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak pada hari sama.

Hasil perkahwinan bersama pada tahun 2011, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia lima bulan. OB

Anak Shuib jawab mengenai ibu tiri


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Pelakon Mak Wan Latah Menikah Lagi, Kali Ini Pindah Ikut Suami Ke Kuala Pilah

Luna Maya Terkedu Ditanya Soalan Panas, “Awak Pernah Buat Jahat Dalam Kereta Tak?

Pak Nil bertemu jodoh?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker