Perogol tertangkap selepas pesan kebab



Perogol tertangkap selepas pesan kebab

London: Seorang perogol yang diburu polis akhirnya ditahan selepas dia memesan kebab berharga 19 euro (RM89) daripada khidmat pesanan dalam talian, Just Eat.

Daniel Hassan, 43, menyerang mangsanya selepas dia membuat komen mengenai pasukan bola sepaknya ketika janji temu.

Dia bertemu mangsanya pada Mei lalu di laman janji temu dan mengatur untuk bertemu dengan wanita itu di pusat bandar Newcastle.

Pasangan itu kemudiannya kembali ke rumah mangsa, di mana mereka menyaksikan perlawanan akhir Liga Juara-Juara.




Di situlah, Hassan menumbuk dan menendang mangsa di kepala dan badan sebelum merogolnya, kata polis.

Mangsa hanya mengenal pasti penyerangnya sebagai Danny dan memaklumkan polis dia berasal dari Manchester.

Bagaimanapun, polis dapat mengesannya menggunakan teknologi baharu.

Polis berjaya mendapatkan semula gambar suspek walaupun Hassan memadamkan profilnya di aplikasi berkenaan. .

Imej yang ditemukan adalah petunjuk untuk Hassan dipercayai berada di kampung Hauxley, County Durham, tetapi tidak ada lokasi tepat di mana dia berada.




Pada 9 Jun lalu, Hassan memesan kebab di Just Eat yang membolehkan pegawai menentukan lokasinya dan menangkapnya.

Hassan dipercayai suspek penjenayah pertama di United Kingdom (UK) yang ditangkap polis dengan menggunakan perkhidmatan penghantaran dalam talian.

Ketika soal siasat polis, Hassan menafikan kesalahan itu dan enggan menjawab sebarang soalan lanjut, tetapi dia didakwa dengan dua pertuduhan menyerang dan satu pertuduhan merogol.

Hassan mengaku bersalah pada hari pertama perbicaraannya dan akan dijatuhkan hukuman pada 11 Mac depan. HM

Perogol tertangkap selepas pesan kebab





Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Pelakon Mak Wan Latah Menikah Lagi, Kali Ini Pindah Ikut Suami Ke Kuala Pilah

Luna Maya Terkedu Ditanya Soalan Panas, “Awak Pernah Buat Jahat Dalam Kereta Tak?

Pak Nil bertemu jodoh?



Leave a Reply

Your email address will not be published.