Sempat makan bersama sebelum tikam rakan wanita hingga mati

Wanita ditemui meninggal dunia dengan beberapa kesan tikaman pada badan. – Foto ihsan Polis

Seorang lelaki sempat makan tengah hari bersama rakan wanitanya sebelum menikam mangsa beberapa kali menggunakan pisau di kawasan parkir restoran terbabit di jalan Bayu Tinggi 5, di sini, semalam.

Lelaki berusia 44 tahun itu kemudian memasukkan mangsa yang berlumuran darah ke dalam kereta, sebelum memandu pulang ke rumahnya di Jalan Sungai Nibong 5 di Kapar, dekat sini.

Sebaik menyedari mangsa tidak lagi bernyawa, suspek menikam badannya sendiri sebelum dia ditahan polis

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam yang melaporkan seorang wanita ditikam seorang lelaki di lokasi terbabit.



Katanya, kejadian berlaku kira-kira jam 1.20 tengah hari ketika mangsa, 26, berjumpa dengan suspek di restoran terbabit sebelum ditikam berdekatan kereta selepas mereka selesai makan tengah hari.

“Suspek ditahan jam 4.20 petang oleh sepasukan polis dari Cawangan D9 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, sebelum pemeriksaan lanjut menemukan wanita berkenaan tidak sedarkan diri di tempat duduk penumpang hadapan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan,” katanya memaklumkan polis turut menemui sebilah pisau dipercayai digunakan suspek.

Hoong Fong berkata, bedah siasat menemukan banyak kesan tikaman pada bahagian depan dan belakang badan mangsa, dengan punca kematian disebabkan kesan tikaman yang tembus ke jantung.



Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis masih menyiasat punca sebenar kejadian.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Sherie Merlis hangat bercinta dengan rakan artis?

Sudahlah Amy – Amir Ukays



Atilia kini bergelar pensyarah

Anak saya merintih 40 minit depan mata saya



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker