Beri tambang percuma setiap Jumaat, ‘Rider’ dipuji orang ramai

ania menangis kerana terharu melihatkan kebaikan penunggang ojek tersebut. – TikTok

Seorang penunggang teksi motosikal atau ojek menjadi perhatian pengguna media sosial selepas menawarkan perkhidmatan percuma  setiap hari Jumaat, lapor program berita Liputan6 semalam.

Berdasarkan hantaran video di laman TikTok, seorang wanita bernama Rania berkongsi kisah penunggang ojek tersebut.

Menurut Rania, selepas menaiki motosikal tersebut, tambang yang dikenakan dalam sistem online berjumlah 15,000 rupiah (RM4.57).

Namun, selepas diskaun, dia sepatutnya membayar 8,500 rupiah (RM2.59).



Bagaimanapun, dia terkejut apabila penunggang ojek tersebut enggan mengambil wang tambang yang diberikan.

Apabila ditanya, lelaki berkenaan meminta Rania membaca tulisan ditulis pada belakang jaketnya yang berbunyi: “Setiap Jumaat, tambang Gojek (jenama ojek) ini percuma.”

Sejurus mengetahui perkara itu, Rania berkata, dia menangis kerana terharu dengan kebaikan penunggang ojek tersebut serta menitipkan doa buat lelaki berkenaan.

Video yang dimuat naik Rania pula menerima perhatian ramai dengan netizen memberikan pelbagai komen.



“Meskipun dia perlu membayar ansuran motosikal elektrik tersebut, dia tetap mampu bersedekah. Sangat hebat,” kata seorang netizen.

“Saya kagum dengan tindakan lelaki itu. Semoga diperluaskan rezeki untuk orang yang baik sepertinya,” kata pengguna lain. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rita Rudaini dah nikah?

Puteri Sarah mahu saman, ini teguran Yusof Haslam



DSV jangan takbur sangat

Guru benarkan pelajar Hindu pukul pelajar Islam di India



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker