Al-Fatihah: Anggota polis jalani kuarantin Covid-19 meninggal dunia

 

Seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan meninggal dunia malam tadi ketika menjalani kuarantin di rumah selepas didapati positif Covid-19.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, anggota polis berusia 53 tahun itu meninggal dunia pada 9 malam.

“Allahyarham adalah Pengawal Pengiring (Bahagian Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam) IPD Klang Selatan dan saya sahkan beliau sedang menjalani kuarantin akibat positif Covid-19 bermula 23 Januari hingga 1 Februari.

“Sama ada kematiannya akibat Covid-19, saya tidak boleh sahkan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Terbaru..

Seorang anggota polis berpangkat sarjan meninggal dunia ketika menjalani tempoh kuarantin Covid-19 di rumahnya di Taman Sri Andalas di sini semalam.

Mohd. Arshad Md. Ariffin, 53, yang bertugas di cawangan Pengawal Pengiring (Bahagian Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan meninggal dunia pukul 9 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli ketika dihubungi mengesahkan kematian anggota polis tersebut.

“Saya sahkan anggota polis ini dalam tempoh kuarantin positif Covid-19 di rumahnya bermula 23 Januari hingga 1 Februari depan,” katanya.

Allahyarham Mohd. Arshad telah berkhidmat selama 31 tahun dengan Polis Diraja Malaysia. -K! ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker