Pejabat Menteri Besar Kedah ditutup sementara akibat Covid-19

Alor Setar: Pejabat Menteri Besar Kedah di Wisma Darul Aman, di sini, akan ditutup mulai 31 Januari sehingga 2 Februari depan, susulan penularan wabak Covid-19 dalam kalangan kakitangan kerajaan negeri.

Perkara itu dimaklumkan melalui kenyataan di laman media rasmi Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dengan urusan Pejabat Menteri Besar dijangka beroperasi seperti biasa mulai 3 Februari.

Turut ditutup adalah pejabat Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) dan Tadbir Urus Negeri Kedah (JITU) mulai hari ini, sehingga 6 Februari depan.

Kedua-dua pejabat berkenaan terletak di dalam kompleks Wisma Darul Aman.

Penutupan pejabat berkenaan adalah bagi memastikan tahap kesihatan kakitangan kerajaan negeri dan bagi melaksanakan proses sanitasi dalam tempoh terdekat.

Semalam, seorang kakitangan Wisma Darul Aman disahkan positif Covid-19 selepas melakukan ujian swab kedua, walaupun ujian pertamanya pada 21 Januari dilaporkan negatif.-HM

COVID-19: 4 pejabat EXCO Terengganu di Wisma Darul Iman ditutup 14 hari

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker