Rangka makhluk aneh menyerupai ikan duyung ditemui wanita jadi tanda tanya

Seorang wanita terkejut apabila menemui rangka makhluk dikatakan menyerupai ikan duyung atau mermaid terdampar di tepi Pantai Keppel Sands di Queensland, lapor akhbar Daily Star semalam.

Bobbi-Lee Oates memuat naik gambar tersebut di laman Facebook. Ia memaparkan rangka sejenis makhluk memiliki panjang kira-kira 182 sentimeter.

“Ia mempunyai tengkorak menyerupai bentuk tengkorak manusia dengan garisan rahang yang memanjang dan bulu menyerupai warna lembu atau kanggaru.



“Ia kelihatan amat sama dengan bentuk ikan duyung, namun berbulu dan kelihatan mempunyai ekor,” kata Oates.

Wanita itu memuat naik gambar tersebut di laman Facebook, manakala ada pengguna berpendapat bahawa rangka itu milik ikan duyung. Sebilangan netizen lain pula mendakwa bahawa penemuan itu adalah rangka dugong.

Seorang pakar di Persatuan Zoologi di London, Rob Deaville bagaimanapun berkata: “Bagi saya, ia kelihatan seperti cetacean kecil.”

Cetacean adalah mamalia akuatik yang merangkumi ikan paus dan ikan lumba-lumba. – Agensi



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dituduh jual agama dengan pakai tudung ‘on off’, Baby Shima saman PU Syed dan Ketua Pemuda PAS Pahang



Terkejut tengok Ameera Khan di gimnasium (Video)

Harinya akan tiba bila dia pergi, Amy doakan untuk anaknya Alexander



Angkuh dan berlagak samseng, pekerja pasar raya ditahan Polis



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker