Tanam pokok ganja dalam pasu

Sebatang pokok ganja antara rampasan dadah yang berjaya dibuat menerusi Operasi Tapis Khas Siri 3/2023 oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak pada 10 hingga 12 Julai lalu.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, pokok ganja itu ditanam oleh individu di dalam sebuah pasu di rumahnya di Miri.

“Dia mendapatkan benih pokok ganja itu dari Semenanjung menggunakan perkhidmatan kurier,” katanya pada sidang media di IPK Sarawak, di sini hari ini.



Selain itu, beliau berkata turut dirampas adalah 132.04 gram syabu dan 6.03 gram ketamin, menjadikan nilai keseluruhan dadah yang dirampas itu dianggarkan RM48,217.

“Rampasan dadah tertinggi bagi operasi kali ini adalah di Daerah Miri iaitu bernilai RM20,894 diikuti oleh Kuching bernilai RM4,959 dan Padawan bernilai RM3,960 dengan keseluruhan dadah yang dirampas ini boleh digunakan oleh seramai 672 orang penagih,” katanya.

Sementara, beliau berkata seramai 324 orang telah ditangkap atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu membekal serta memiliki dadah dan daripada jumlah itu, seramai 255 orang didapati positif dadah.

“Mereka yang ditangkap terdiri daripada 303 lelaki dan 21 wanita berusia antara 14 hingga 56 tahun,” katanya.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dituduh jual agama dengan pakai tudung ‘on off’, Baby Shima saman PU Syed dan Ketua Pemuda PAS Pahang



Terkejut tengok Ameera Khan di gimnasium (Video)

Harinya akan tiba bila dia pergi, Amy doakan untuk anaknya Alexander



Angkuh dan berlagak samseng, pekerja pasar raya ditahan Polis



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker