Lelaki bakar kereta polis bantuan didakwa dua tuduhan khianat

Lelaki bakar kereta polis bantuan didakwa dua tuduhan khianat

Seorang penghantar makanan yang tular di TikTok kerana membakar kereta polis bantuan di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) minggu lalu dihadapkan di dua mahkamah di sini hari ini atas dua pertuduhan melakukan khianat.

Mohamad Hasif Syazani Zulkifle, 26, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Dr Syahliza Warnoh dan Majistret Farah Azura Mohd Saad.



Mengikut pertuduhan di Mahkamah Sesyen, Mohamad Hasif didakwa melakukan khianat api dengan membakar Proton Preve putih milik polis bantuan Prasarana di Stesen MRT Mutiara Damansara, jam 1.17 pagi pada 15 Februari lalu.

Pendakwaan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Sementara itu di Mahkamah Majistret, tertuduh didakwa melakukan khianat dengan menconteng dinding di stesen terbabit, jam 1.10 pagi pada tarikh sama.

Kesalahan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara setahun hingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.



Ketika prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Anis Hakimah Ibrahim dan Noor Khairun Nisa Noor Harun, masing-masing mencadangkan jaminan RM15,000 dan RM5,000 terhadap tertuduh dengan seorang penjamin.

Mereka turut memohon syarat tambahan supaya tertuduh tidak mengganggu saksi pendakwaan dan melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap bulan.

Peguam bela tertuduh, Kailash Sharma, pula memohon jaminan minimum apabila menegaskan anak guam tiada risiko melarikan diri dan rekod jenayah.

Tertuduh kemudian dibenarkan diikat jamin RM9,500 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dan syarat tambahan seperti dicadangkan pendakwaan.



Sebutan semula kes ditetapkan pada 21 Mac ini.

Polis dilaporkan menahan lelaki terbabit di Flora Damansara, di sini, pada hari kejadian kerana disyaki membakar kereta itu hasil maklumat diterima.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abdul Hamid, dipetik berkata suspek ditahan sepasukan anggota polis selepas dikesan memuat naik video berdurasi lima saat kejadian kebakaran itu dalam aplikasi TikTok atas akaun miliknya.

Polis merampas tukul besi dan botol air yang disyaki digunakan bagi mengisi petrol untuk digunakan dalam kebakaran itu, selain mendapati lelaki itu positif dadah jenis morfin hasil ujian saringan air kencing.



Siasatan motif kejadian termasuk kemungkinan suspek ingin mencari jumlah trafik tinggi untuk akaun TikTok miliknya. BH

Lelaki bakar kereta polis bantuan didakwa dua tuduhan khianat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Lee Chong Wei ‘smash’ pemain lagi

Yasmin Hani masih ‘bergetah’ pada usia 44 tahun



Bekas teman lelaki ugut sebar video seks silam

Jamal Abdillah tarik diri bertanding AJL38

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker