Ini jalan raya atau lesung batu?

Ini jalan raya atau lesung batu?

Perkongsian sekeping gambar memaparkan lubang di sebuah jalan raya mendapat perhatian netizen di media sosial.

Menurut pengirim gambar berkenaan, lubang tersebut berada di sebatang jalan berhampiran pusat beli-belah One Utama.



“Alamak, lubang yang sangat dalam dekat One Utama.

“Sudah laporkan pada e-aduan MBPJ (Majlis Bandaraya Petaling Jaya) semalam. Mari lihat berapa lama ia akan diperbaiki,” kata hantaran tersebut.

Gambar berkenaan juga mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai sehingga ada yang menyamakan lubang tersebut seperti batu lesung.

“Ini bukan lopak, ini mangkuk lesung,” kata seorang pengguna dikenali sebagai Puteri.



“Boleh buat pertandingan ‘bay blade’ (gasing) di situ,” seloroh Dybowski.

Selain itu, ada juga pengguna yang memaklumkan lubang berkenaan sudah berada di situ sejak November tahun lalu.

“Saya terlanggar lopak ini minggu lepas! Terasa tayar kereta tenggelam dengan bunyi yang kuat. Memandangkan awak dah laporkan, kita tengok bila mereka akan betulkan,” kata Annoyed Malaysian.

“Lopak? Nampak macam kolam. Ini gila!,” kata Firdaus.



“Ini kalau motosikal lalu, terpelanting terus penunggang,” kata Din.

Sehingga kini perkongsian tersebut telah mendapat lebih 300,000 interaksi. K Online

Ini jalan raya atau lesung batu?

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lee Chong Wei ‘smash’ pemain lagi

Yasmin Hani masih ‘bergetah’ pada usia 44 tahun



Bekas teman lelaki ugut sebar video seks silam

Jamal Abdillah tarik diri bertanding AJL38



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker