Saarani kekal MB jika BN menang di Perak – Zahid

Saarani kekal MB jika BN menang di Perak – Zahid

Saraani Mohamad akan kekal menteri besar BN, jika gabungan itu menang pilihan raya umum Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, kata Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi.

Berucap di majlis “Solidariti, Kestabilan dan Kemakmuran” bersama BN di Bagan Datuk, Perak, hari ini, Zahid berkata BN akan mengekalkan Saarani susulan pencapaian cemerlangnya.



“Kita doakan Allah subhanahu membuka hati tuanku seri paduka Sultan Perak untuk perkenan melantik Saarani sebagai menteri besar perak semula (jika BN menang DUN Perak).

“Saya mengulangi mohon perkenan Tuanku untuk Saarani,” katanya di majlis tersebut turut dihadiri Saraani dan pemimpin-pemimpin utama Umno dan BN.

Hampir 3,000 pemimpin dan ahli parti komponen BN menghadiri program ini.

Sementara itu, Zahid berharap BN akan menang besar dan menjadi parti dominan semula.



“Sanggupkah kita bekerja kuat dan keras dan menolong Saarani agar Perak memberikan sumbangan yang besar kepada kemenangan BN,” katanya.

Pagi ini Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memberi perkenan kepada pembubaran UN Perak berkuat kuasa hari ini, menurut Saarani.

Saarani yang juga Adun Kota Tampan sejak 2004, dilantik sebagai menteri besar Perak ke-14 sejak 10 Disember 2020 menggantikan penyandangnya Ahmad Faizal Azumu.

Ahmad Faizal yang juga timbalan presiden Bersatu meletakkan jawatan selepas kehilangan sokongan dalam usul undi percaya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada 4 Disember 2020.



Perak mempunyai 59 kerusi DUN.

DUN Perak kini terdiri daripada 25 Adun BN, DAP (15), Amanah (lima), Bersatu (empat), PAS (tiga), PKR (tiga), PBM (tiga) dan Bebas (satu). Mk

Saarani kekal MB jika BN menang di Perak – Zahid


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Zahid Hamidi Sindir Hadi Awang “Jangan ‘Main-Main’ Dengan Durian”

Ismail Sabri adalah calon PM muktamad dari UMNO – Presiden UMNO



Nurul Nazihah yang retung dalam kemalangan baru pulang umrah seminggu



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker