SPR terima surat pemakluman pembubaran tiga lagi DUN

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan bahawa telah menerima surat pemakluman berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Yang ke-14 bagi tiga negeri iaitu Pahang, Perlis dan Perak.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalruddin Ishak berkata, setakat ini pihak SPR telah menerima surat pemakluman pembubaran DUN Pahang dan Perlis pada 14 Oktober lalu dan DUN Perak pada hari ini daripada Speaker DUN masing-masing.

“Sehubungan itu, penetapan tarikh-tarikh penting pilihan raya bagi ketiga-tiga negeri ini akan dibincangkan serentak dalam Mesyuarat Khas SPR yang akan diadakan pada 20 Oktober ini,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini



Terdahulu, Kosmo! Online hari ini melaporkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pembubaran DUN negeri itu dibuat selepas mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Setakat ini, enam negeri telah memutuskan untuk tidak membubarkan DUN masing-masing iaitu Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, DUN Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor yang berada di bawah pentadbiran PH tidak dibubarkan bagi memastikan persiapan dibuat untuk menangani banjir di negeri terbabit.

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat pula sebelum ini dilaporkan akan mengekalkan pendirian untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Terengganu, dan Kedah



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Zahid Hamidi Sindir Hadi Awang “Jangan ‘Main-Main’ Dengan Durian”

Ismail Sabri adalah calon PM muktamad dari UMNO – Presiden UMNO



Nurul Nazihah yang retung dalam kemalangan baru pulang umrah seminggu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker