Islam bukan hak eksklusif Pas

Islam bukan hak eksklusif Pas

Agama Islam bukan hak ekslusif sesebuah parti tertentu sahaja sebagaimana yang didakwa oleh Pas.

Pengerusi UMNO Kelantan Datuk Ahmad Jazlan Yaakob berkata, hal ini kerana parti itu turut memperjuangkan Islam dan orang Melayu.



“Sejujurnya, UMNO Kelantan kesal dan tersinggung dengan pernyataan angkuh berunsur fitnah daripada Menteri Besar Kelantan (Datuk Mohd. Nassuruddin Daud) yang membawa maksud bahawa dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ADUN daripada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) melawan perjuangan Islam.

“Pernyataan seperti ini sangat bahaya kerana ianya boleh membawa interpretasi lain kepada masyarakat seolah-olah Islam ini milik parti PAS sahaja, sedangkan orang Melayu Islam di dalam BN dan PH juga menjalankan kewajipan Rukun Islam yang sama,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ahmad Jazlan memberitahu, beliau melihat perkara sedemikian boleh menggugat keharmonian hubungan sesama
umat Islam di negeri ini.

Katanya, hal ini kerana apabila budaya takfiri (kafir-mengkafir) terhadap saudara seagama menjadi mainan ahli politik untuk menghalalkan tindakan mereka.



“Suka saya mengingatkan kepada Menteri Besar bahawasanya Allah SWT berfirman dalam Surah Al Hujurat, ayat ke-10 ; “Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat”.

“Pesanan ikhlas saya kepada Menteri Besar, tadbirlah negeri ini dengan panduan Al Quran dan Hadith yang betul, jagalah tutur kata apabila berbicara, peliharalah keharmonian hubungan antara saudara semuslim dan carilah titik persamaan, bukannya perbezaan yang boleh memecah belahkan umat Islam,” ujarnya.

Pada Jumaat lalu, Mohd. Nassaruddin yang baru-baru beberapa hari dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan yang ke-19 melabelkan kemenangan gabungan BN dan PH di Galas serta Kota Lama sebagai melawan perjuangan Islam semasa menyampaikan kuliah di Dataran Ilmu, di sini.

Ucapan ADUN Meranti itu kemudian tular sehingga menimbulkan perdebatan hangat dalam kalangan warganet di laman sosial.



Utusan Online melaporkan, Mohd. Syahbuddin Hasyim dan Dr. Hafidzah Mustakim menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada Menteri Besar Kelantan yang melabelkan mereka sebagai melawan perjuangan Islam.

Kedua-dua wakil itu turut meminta ADUN Meranti memohon maaf kepada semua pengundi di Galas dan Kota Lama yang telah menyokong BN (10,742) dan PH (9,691) di kawasan berkenaan semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos lalu.

Mohd. Nassuruddin bagaimanapun menasihatkan Mohd. Syahbuddin dan Dr. Hafidzah Mustakim supaya tidak mudah ‘koyak’ dalam berpolitik selepas dilabel sebagai melawan perjuangan Islam.

Kata Mohd. Nassuruddin ucapan yang dibuat oleh beliau semasa menyampaikan kuliah di Medan Ilmu di sini jelas menyebut perihal berkait melawan perjuangan Islam dan bukan melawan Islam. Utusan



Islam bukan hak eksklusif Pas

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sajat sekolahkan Abang Tesla, terkedu dibuatnya



Isteri kedua Abang Tesla kena ‘sound’ dengan Noorkhiriah

10 tahun tunggu zuriat, isteri meninggal 3 bulan selepas bersalin [VIDEO]



Fasha Sandha galak bergoyang lepas ramping?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker