Kitaro gegar RWMF 2024

Kitaro gegar RWMF 2024

Pemuzik legenda yang juga pemenang anugerah Grammy dan Golden Globe dari Jepun, Kitaro, akan membuat kemunculan istimewa pada Festival Muzik Hutan Hujan Dunia (RWMF) di Damai, Santubong, selama tiga hari, mulai 28 Jun depan.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, penampilan Kitaro yang juga pemuzik dan komposer terkenal dengan muzik instrumental elektronik inovatif, menjanjikan pengalaman memukau.



Menurutnya, RWMF edisi ke-27 bertuah kerana menarik Kitaro yang dikenali di seluruh dunia untuk membuat penampilan pertama di festival tahunan itu.

“Saya percaya kehadiran Kitaro amat dinanti-nantikan penggemar muzik. Kita berbangga kerana dapat menampilkan pemuzik legenda itu untuk membuat persembahan ‘live’ di Kuching,” katanya pada sidang media pelancaran RWMF 2024 di sini, hari ini.

Selain Kitaro, penyanyi tersohor negara, Datuk Zainal Abidin turut menjanjikan persembahan memukau bersama 68 pemuzik antarabangsa dari 15 negara.



Tambahnya, seramai 63 artis Malaysia akan tampil pada festival tiga hari itu.

Antara pemuzik antarabangsa yang terbabit adalah Havana Social Club yang menggabungkan pemuzik dari Cuba, Venezuela, Amerika Syarikat (AS) dan Singapura; Alright Mela Meets Santoo dari Pakistan dan Perancis; Bourbon Lassi (Australia); Imarhan (Algeria dan Perancis); Krakatau Ethno (Indonesia); Nini (Taiwan); Rhythm Rebels featuring Selonding Bali Aga (Indonesia); Rizal Hadi and Folk (Indonesia) dan Tribal Tide (Singapura).

Artis tempatan yang akan tampil adalah pemuzik Sape, Alena Murang; The Borneo Collective, Tuni Sundatang, Nisa Addina, Zarul@OurBodySound, Salammusik, The Colour of Sounds Malaysia, Adrian G dan Belle Sisoski.

Abdul Karim berkata, penggemar muzik boleh mendapatkan tiket untuk menyaksikan RWMF 2024 mulai April ini yang menawarkan pakej untuk tiga hari berharga RM635.



Beliau yakin penganjuran RWMF 2024 akan merancakkan lagi sektor pelancongan Sarawak yang mempamer prestasi memberangsangkan dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.

Kitaro gegar RWMF 2024

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar

Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel



Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi

Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker