Hak Perdana Menteri buat rombakan kabinet

Keputusan untuk membuat sebarang rombakan dalam Kabinet adalah hak Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sepenuhnya, yang pasti akan menitikberatkan kemampuan seseorang itu untuk menerajui kementerian, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

“Saya tak tahu pun ada rombakan kabinet (kerana) tiada perbincangan dengan saya. Itu prerogatif Perdana Menteri dan sudah pasti dia akan menilai adakah kementerian itu bersesuaian dengan kemahiran dan pengetahuan yang ada pada seseorang itu,” katanya.

Beliau yang ditemui selepas Program Promosi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di sini pada Sabtu berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Anwar semalam yang memberi bayangan bahawa rombakan Kabinet dijangka berlaku sebelum kemunculan 2024.



Menyentuh mengenai TVET, Ahli Parlimen Petra Jaya itu berkata, pusat khidmat parlimennya akan meluaskan kerjasama dengan badan bukan kerajaan Yayasan Kemajuan Insan Sarawak (YAKIN) bagi menggerakkan program mempromosikan bidang itu di peringkat sekolah.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Siapa cium Siti Saleha?

Individu dakwa Fatin Umaidah dibuang keluarga kerana kahwin dengan Alif Teega



Cium Mimi, Meerqeen beri penjelasan

Tony Eusoff nafi video lucah itu miliknya



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker