Ribut petir diramal di kebanyakan negeri esok

Ribut petir diramal di kebanyakan negeri esok

Ribut petir dari pagi hingga petang diramal berlaku esok di satu dua tempat membabitkan kawasan pedalaman dan pantai di Semenanjung Malaysia.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan negeri terbabit ialah Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.



Di Sarawak, ia membabitkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang manakala di Sabah (Pantai barat, Pedalaman, Tawau, Sandakan dan Kudat).

Pada sebelah malam pula, ribut petir dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak (Kuching, Serian, Samarahan) dan satu dua tempat kawasan pedalaman iaitu Negeri Sembilan dan Johor.

MetMalaysia berkata, pada Sabtu pula, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor diramal mengalami cuaca hujan dan ribut petir dari sebelah pagi hingga malam.

“Sarawak (di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang) juga mengalami cuaca sama hingga malam.



“Turut diramal mengalami ribut petir sehingga malam adalah di satu dua kawasan di Sabah iaitu Pantai Barat, Pedalaman, Sandakan, Labuan, Tawau dan Kudat,” katanya.

Terdahulu, METMalaysia berkata, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. BH

Ribut petir diramal di kebanyakan negeri esok

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah tunjuk bukti mesej Syamsul

Kalau saya dedah video tak senonoh tak nusyuz ke – Puteri Sarah



Sarah tukar perjanjian, minta amaun melampau – Syamsul



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker