Zii Jia singkir Momota, mara ke separuh akhir All England [VIDEO]

PETALING JAYA: Lee Zii Jia meneruskan misi mempertahankan kejuaraan badminton All England selepas melangkah ke separuh akhir dengan menyingkirkan pemain No. 2 dunia, Kento Momota dari Jepun 21-7, 13-21, 21-11 di Birmingham, sebentar tadi.

Selepas menang mudah 21-7 di set pembukaan, beberapa kesilapan sendiri yang dilakukan Zii Jia membolehkan Momota mengheret pertarungan ke set penentuan apabila menang 21-13.

Aksi awal set ketiga berlangsung sengit, malah Momota meninggalkan perseorangan negara 10-8.





Begitupun, Zii Jia tidak lagi menoleh ke belakang sebaik sahaja menyamakan kedudukan 11-11 dan dia mengutip 10 mata berturut-turut untuk menutup permainan dengan kemenangan 21-11.

Ini adalah pertemuan ke-11 buat kedua-dua pemain, di mana Zii Jia hanya meraih kemenangan ketiganya ke atas juara dunia dua kali, Momota.

Zii Jia juga mengulangi kemenangan ke atas Momota pada separuh akhir All England tahun lalu.

Menanti pemain No. 7 dunia itu pada separuh akhir esok adalah pemain India, Lakshya Sen yang menang percuma ke atas Lu Guangzu dari China.



Sementara itu, satu lagi wakil negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing akan turun ke gelanggang menentang pasangan No. 2 dunia, Zheng Siwei-Huang Yaqiong dalam suku akhir beregu campuran sebentar lagi. – UTUSAN

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahathir, Anwar & Hadi sudah tidak releven dalam politik negara

Muafakat Nasional kemungkinan terkubur kerana ego PAS



Memalukan! Tiga wanita bergelek di majlis akhir tahun sekolah tahfiz [VIDEO]

Rafizi tidak mahu ‘langgar’ Anwar kerana mahu parti stabil

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker