Empat kenderaan kemalangan angkara babi

SEPANG – Angkara bangkai babi, seorang penunggang motosikal cedera dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Jalan Desa Pinggiran Putra di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusoff berkata, kejadian berlaku pada jam 6.47 pagi.

“Siasatan mendapati kenderaan jenis Honda City dipandu seorang lelaki berumur 57 tahun dari arah Desa Pinggiran Putra menghala ke Alamanda sebelum melanggar bangkai babi yang berada di tengah jalan.



“Kenderaan mangsa yang hilang kawalan kemudian merempuh tiga lagi kenderaan termasuk sebuah motosikal yang ketika itu berada di bahu jalan,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Siasatan mendapati salah sebuah daripada tiga kenderaan yang berada di bahu jalan itu terlebih dahulu melanggar bangkai babi tersebut.

Katanya, siasatan mendapati salah sebuah daripada tiga kenderaan yang berada di bahu jalan itu terlebih dahulu melanggar bangkai babi tersebut.

“Penunggang motosikal yang dilanggar oleh Honda City tersebut mengalami kecederaan luka ringan di bahagian tangan kanan, kaki kiri dan telah menerima rawatan di Hospital Putrajaya.

“Tiga pemandu kenderaan lain yang terlibat bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.



Menurutnya, siasatan lanjut berkaitan kejadian masih dijalankan.

“Kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59),” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Gaun dipakai ‘penyondol’ cantik laku keras

Johan dah terpesong? – Amin Idris tampil jelaskan



Fatin Afeefa & Opai padam gambar di IG lepas isu sindir kereta sebagai najis

Nenek Kelantan kahwini lelaki berusia 28 tahun lepas kenal di TikTok



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker