Israel sanggup bayar AS$20 juta tumbangkan Rashida Tlaib

Israel sanggup bayar AS$20 juta tumbangkan Rashida Tlaib

DETROIT: Jawatankuasa Israel sanggup membayar AS$20 juta (RM93.32) kepada mana-mana ahli politik Amerika Syarikat (AS) untuk merampas kerusi ahli Kongres Michigan, Rashida Tlaib yang lantang menyuarakan tentang kebebasan Palestin dan sering mengutuk kekejaman rejim Zionis.

Baru-baru ini, Calon Demokrat Senat AS di Michigan, Nasser Beydoun berkata, beliau ditawarkan wang tersebut untuk bertanding menentang Rashida.



Beydoun yang merupakan peguam bela hak sivil dan ahli perniagaan dari Dearborn, menyiarkan video dalam media sosial mendedahkan tawaran itu dibuat oleh kumpulan pelobi pro-Israel.

“Walaupun mengetahui kedudukan saya mengenai pengaruh Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika-Israel (AIPAC) terhadap pilihan raya dan dasar luar kita, pelobi pro-Israel berani mencadangkan supaya saya mempertimbangkan perkara sedemikian,” katanya.

Beydoun merupakan calon kedua yang menerima tawaran serupa selepas seorang lagi ahli Demokrat, Hill Harper yang bertanding untuk Senat Michigan berkata, seorang penderma menawarkannya jumlah wang yang sama jika dia bertanding menentang Rashida.

“Saya tidak berhasrat untuk panggilan telefon peribadi didedahkan kepada umum. Tetapi sekarang ia sudah berlaku, inilah kebenarannya.



“Salah satu penderma terbesar AIPAC menawarkan AS$20 juta (RM93.32 juta) jika saya menarik diri bertanding sebagai calon Senat AS untuk menentang @RashidaTlaib. Saya kata tidak. Saya tidak akan dikuasai, dibuli atau dibeli,” kata Harper di laman media sosialnya.

Wang tersebut didakwa akan disalurkan melalui AIPAC, dengan sumbangan AS$10 juta (RM46.66) untuk kempen mereka dan sebahagian lagi sebagai perbelanjaan bebas.

Rashida, satu-satunya warga Palestin Amerika dalam Kongres, menerima pelbagai tindak balas berhubung komennya mengenai perang Israel-Hamas.

Awal bulan ini, Dewan memperoleh undi 234 berbanding 188 untuk mengecam Rashida.



“Saya tidak percaya saya perlu mengatakan perkara ini, tetapi rakyat Palestin tidak alat pakai buang. Laungan kanak-kanak Palestin dan Israel kedengaran tidak berbeza dengan saya,” kata Rashida dalam ucapannya selepas pengundian tersebut.

Sehari selepas dikecam, parti Republikan di Senat Michigan meminta Rashida meletakkan jawatan.

Beliau baru-baru ini mengeluarkan kenyataan selepas gencatan senjata sementara di Gaza diumumkan oleh pegawai, menegaskan jeda singkat itu tidak mencukupi. Utusan

Israel sanggup bayar AS$20 juta tumbangkan Rashida Tlaib



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Daiyan Trisha dicium Hun Haqeem, netizen naik minyak



Nampak macam mak awak ke, tanya Leona

Aku bersumpah tiada lagi kelahiran lelaki dalam keluarga kau – Bekas menantu Zainal Abidin



Anak Nazir Razak ‘kurang senang’ dengan perkahwinan baru ayahnya

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker