Isham tak berani sahut cabaran Zahid

Isham tak berani hadir mesuarat MKT tapi mahu cabar Zahid berdebat pula.

Isham tak berani sahut cabaran Zahid

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil menegaskan akan kekal dengan pendirian untuk melakukan protes terhadap mesyuarat MKT selagi parti itu masih bersama dengan DAP.

Tegas Isham, beliau sebelum ini sudah menyatakan pendirian untuk melakukan protes tersebut sekiranya Ahmad Zahid masih bersama dengan DAP dalam pilihan raya.

Malah, Isham juga turut mencabar Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk berdebat secara terbuka di gelanggang neutral.

“Ini penggal kedua saya dalam Majlis Tertinggi, saya sudah boleh baca apa yang dia (Ahmad Zahid) akan buat dalam mesyuarat. Buat apa saya ikut kemahuan dia dan datang tadah muka di lubuknya.

“Kalau dia ikhlas, mungkin Presiden boleh tunaikan cabarannya untuk berdebat dengan saya sebelum ini, di gelanggang yang neutral. Kalau dia berani,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Ahmad Zahid mencabar Isham supaya hadir ke mesyuarat MKT malam ini bagi menyuarakan pandangan mengenai kerjasama parti itu dengan DAP dalam Kerajaan Perpaduan.

Ahmad Zahid turut mendedahkan bahawa bekas Ketua Penerangan UMNO itu sudah tiga kali tidak hadir pada mesyuarat MKT.

Sepatutnya Isham kalau seorang pejuang hadirlah mesyuarat MKT dan berdebat, bukan setakat ‘bising’ di luar sahaja.

Isham tak berani sahut cabaran Zahid

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Daiyan Trisha dicium Hun Haqeem, netizen naik minyak

Nampak macam mak awak ke, tanya Leona

Aku bersumpah tiada lagi kelahiran lelaki dalam keluarga kau – Bekas menantu Zainal Abidin

Anak Nazir Razak ‘kurang senang’ dengan perkahwinan baru ayahnya

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker