Beli ventilator rosak, ambil tindakan tegas

Beli ventilator rosak, ambil tindakan tegas

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab membeli ventilator rosak yang diperoleh Kementerian Kesihatan (KKM) semasa pandemik Covid-19.

Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader berkata, semasa kemuncak pandemik Covid-19 pada 2020, Kabinet ketika itu dimaklumkan mengenai keperluan bagi 800 ventilator menyebabkan KKM meluluskan RM30 juta kepada sebuah syarikat untuk membeli 500 unit ventilator.

Namun, dakwa beliau, disebabkan kekangan bekalan, syarikat itu hanya memperoleh 136 unit ventilator pada harga RM20.12 juta iaitu empat kali lebih tinggi daripada harga biasa, malah 104 daripad ventilator itu juga tidak boleh digunakan.

”Pada awal bulan ini, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) melaporkan tiada tindakan boleh diambil ke atas isu itu kerana ketiadaan perjanjian bertulis antara KKM dan syarikat terbabit.

“Memandangkan peralatan menyelamatkan nyawa seperti ventilator sangat penting semasa pandemik Covid-19, adalah mengejutkan kecuaian sedemikian telah berlaku, malah ventilator yang rosak itu bukan sahaja membazirkan dana awam tetapi juga membahayakan nyawa pesakit,” katanya di sini hari ini.

Menurut Mohideen, PAC disifatkan gagal dalam tugasnya untuk mendedahkan mereka yang bertanggungjawab bagi pembelian ventilator yang tidak boleh digunakan yang mana alasan tiada kontrak bertulis rasmi tidak boleh diterima.

”Mesti terdapat bukti dokumen dan lisan mengenai proses yang membawa kepada pembelian ventilator yang rosak yang akan mendedahkan jika terdapat sebarang kecuaian yang teruk, atau bahkan rasuah, di pihak mereka yang terlibat dalam membuat keputusan,” katanya.

Tambahnya, PAC sepatutnya mengesyorkan supaya agensi penguatkuasaan undang-undang menyiasat kes itu dan mengambil tindakan yang perlu terhadap mereka yang bersalah.

“Walaupun dalam menghadapi pandemik, pengesahan perolehan rasmi perlu melalui kontrak pembekalan yang betul dengan spesifikasi produk yang jelas, jaminan, kewajipan pembekal terhadap ujian dan pentauliahan, penghantaran dan sokongan teknikal.

“Perolehan perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak KKM,” katanya.

Mohideen berkata, CAP percaya lebih banyak perkara perlu dilakukan untuk menuntut akauntabiliti daripada mereka yang bertanggungjawab terhadap kecuaian dalam tugas mereka.

”Pihak berbeza yang bertanggungjawab atas kecuaian yang jelas dalam skandal ventilator yang didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara mestilah dikenal pasti dan dihukum,” katanya. Utusan

Beli ventilator rosak, ambil tindakan tegas

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Daiyan Trisha dicium Hun Haqeem, netizen naik minyak

Nampak macam mak awak ke, tanya Leona

Aku bersumpah tiada lagi kelahiran lelaki dalam keluarga kau – Bekas menantu Zainal Abidin

Anak Nazir Razak ‘kurang senang’ dengan perkahwinan baru ayahnya

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker