Biodata Amir Hamzah Azizan
Biodata Amir Hamzah Azizan
Nama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Amir Hamzah Azizan secara umumnya tidak begitu dikenali dalam kalangan rakyat biasa mahupun penyokong parti politik.
Namun namanya hari ini tiba-tiba menjadi sebutan apabila dia dilantik memegang jawatan penting sebagai Menteri Kewangan II susulan rombakan kabinet yang diumumkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim merangkap menteri kewangan.
Amir merupakan teknokrat kedua di Kementerian Kewangan yang mempunyai latar belakang korporat selepas bekas Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz.
Amir dilantik sebagai CEO KWSP pada Mac 2021 dan sebelum itu merupakan CEO Tenaga Nasional Bhd (TNB) dari April 2019 hingga Februari 2021.
Menurut laporan Bernama, kerjayanya bermula dengan Shell Group of Companies selama 10 tahun dengan pelbagai kapasiti di Malaysia, Singapura dan United Kingdom.
Pada 2000, dia menyertai MISC Bhd dan memegang beberapa portfolio pengurusan kanan sebelum dilantik sebagai Presiden dan CEO pada Januari 2009.
Pada Jun 2010, dia dilantik sebagai Pengarah Urusan dan CEO Petronas Dagangan Bhd.
Pada Ogos 2012, Amir Hamzah menyertai Petronas Lubricants International sebagai Pengarah Urusan dan CEO Kumpulan. Pada masa sama dia berkhidmat sebagai Naib Presiden (VP) bagi Pemasaran Hiliran, dan seterusnya sebagai Naib Presiden Minyak Pelincir bagi Petronas Group.
Pada Mac 2016, dia menyertai Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) untuk mengemudi syarikat penerima pelaburan, Icon Offshore Bhd sebagai Pengarah Urusan dan CEO.
Amir kemudian dilantik sebagai CEO Themed Attractions Resorts and Hotel Sdn Bhd, anak syarikat Khazanah Nasional Bhd, sebelum menyertai TNB pada April 2019.
Dia kini merupakan Pengerusi Bukan Eksekutif Malaysian Resources Corporation Bhd, dan juga menganggotai lembaga pengarah Sime Darby Plantation Bhd dan Sime Darby Oils International Ltd.
Amir Hamzah memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pengurusan (pengkhususan dalam Kewangan dan Ekonomi) dari Syracuse University, New York, Amerika Syarikat.
Dia juga telah menyertai Program Eksekutif Stanford di Stanford University dan Program Kelas Malam Kewangan Korporat di London Business School. Mk
Biodata Amir Hamzah Azizan
Baca Artikel Menarik:
- Konsert Ed Sheeran, bersediakah Stadium Nasional ‘dilanyak’ lagi?
- Mayat bogel ditemui dengan banyak kesan lebam
- Meerqeen bingung digelar ‘playboy’
- Ibu subahat beri suami rogol anak tiri
- 8 MP PN akan isytihar sokong PM – Syed Hussin
- Henti kongres bumiputera bukan kenyataan saya – Lian Ker
- Anwar berbeza dengan tiga PM sebelum ini – Zahid
- Mana ada Terengganu dianaktiri
- Tubuh pasukan bebas siasat dakwaan Ayob
- Sultan Johor tolak Hasni sebagai MB untuk tegakkan kuasa raja
- Sultan Ibrahim beri amaran akan ‘buru’ semua orang yang korup apabila dilantik sebagai Agong
- Sultan Ibrahim mahu Projek HSR yang diilhamkan Najib dikembalikan semula
- Ibu Danial Akmal akan ambil tindakan undang-undang kes buli di asrama ASiS
- Anak durjana tikam dan bunuh ibu bapa warga emas
- Tikam kepala, leher dan muka
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.