Pertunjukan ‘magis’ PSM di SNBJ

Pertunjukan ‘magis’ PSM di SNBJ

Berbaki dua hari lagi sebelum menjelang aksi final Piala Malaysia, keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) terus menerima kecaman dari peminat apabila video yang dikongsi oleh SiniJa di Facebook milik mereka jelas kelihatan keadaan padang berada di tahap agak teruk.

Video berdurasi 0.18 saat itu memperlihatkan beberapa pekerja cuba melakukan ‘magis’ untuk kembalikan keadaan padang seperti sedia kala namun ia kelihatan agak mustahil dengan apa yang terjadi ketika ini.



Jika perlawanan akhir itu diteruskan juga dengan keadaan padang serta rumput yang teruk ini, sudah pasti ia akan membahayakan keseluruhan pemain dan boleh memberi kecederaan serius sekali gus akan memberi impak negatif kepada pasukan kebangsaan kerana hampir keseluruhan pemain hadir dari JDT.

Malah, rata peminat terus meluahkan perasaan marah selepas melihat keadaan padang yang menelan jutaan ringgit jadi seperti itu.

“Final Piala berprestij, pasukan yang lawan pun padu-padu, JDT (Johor Darul Ta’zim) dan TFC (Terengganu FC). Tapi padang macam ini, naya pemain woo,” kata Mohd Razif.

“Teruknya padang, main dekat padang sekolah je lah. Malu wei padang macam ini,” kata Suriati Mamat.



“Tak tahulah nak kata apa, masa lawan Kyrgyzstan hari itu sudah elok padang itu. Sekarang rupa macam padang di taman perumahan sahaja,” kata Rizal Wazir.

Semalam, Arena Metro melaporkan Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Stuart Ramalingam berkata akan melakukan pemeriksaan terlebih dahulu terhadap padang SNBJ sebelum mengambil keputusan untuk menukar venue atau mengekalkannya.

Sebelum itu, pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkongsi keadaan terkini padang SNBJ di laman Instagram khusus ditujukan kepada Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) Datuk Hans Isaac selepas melihat keadaan padang begitu teruk memandangkan final Piala Malaysia 2023 antara TFC dan JDT akan diadakan dalam masa begitu dekat. HM

Pertunjukan ‘magis’ PSM di SNBJ



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Daiyan Trisha dicium Hun Haqeem, netizen naik minyak



Nampak macam mak awak ke, tanya Leona

Aku bersumpah tiada lagi kelahiran lelaki dalam keluarga kau – Bekas menantu Zainal Abidin



Anak Nazir Razak ‘kurang senang’ dengan perkahwinan baru ayahnya

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker