Memalukan negeri Johor saja

Memalukan negeri Johor saja

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyifatkan insiden gangguan bekalan elektrik di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Tambak Johor sebagai memalukan kerajaan negeri.

Katanya, beliau telah mengarahkan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) diarahkan menyelesaikan isu terbabit.



“Apa yang berlaku ini amat menyusahkan pengguna dan memalukan negeri.

“Pihak TNB dan JKR telah diarahkan untuk menyelesaikan isu ini pada kadar segera,” katanya dalam hantaran di media sosial.

Terdahulu media melaporkan CIQ BSI di Tambak Johor di sini mengalami gangguan bekalan elektrik lebih 12 jam dipercayai terjadi pada jam 8 malam tadi dan berlarutan hingga jam 10 pagi.

Insiden itu menimbulkan keluhan dalam kalangan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura apabila terpaksa berbaris panjang dan lama kerana proses cap pasport terpaksa dilakukan secara manual. HM



Memalukan negeri Johor saja

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Daiyan Trisha dicium Hun Haqeem, netizen naik minyak



Nampak macam mak awak ke, tanya Leona

Aku bersumpah tiada lagi kelahiran lelaki dalam keluarga kau – Bekas menantu Zainal Abidin



Anak Nazir Razak ‘kurang senang’ dengan perkahwinan baru ayahnya



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker