Polis tahan wanita pandu Fortuner buli Axia

Polis tahan wanita pandu Fortuner buli Axia

JOHOR BAHRU: Seorang pemandu wanita ditahan polis kerana dipercayai bersikap membuli di jalan raya selepas memandu secara berbahaya di Jalan Tebrau, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, wanita berusia 40 tahun itu ditahan di sekitar bandar raya ini, pada 8.33 malam.



Bagaimanapun katanya, ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati suspek negatif daripada sebarang penyalahgunaan dadah atau pengaruh alkohol.

“Semalam polis mengesan satu rakaman video tular memaparkan sebuah kenderaan jenis Toyota Fortuner yang dipandu secara merbahaya bukan sahaja kepada pihaknya sendiri tetapi juga pemandu jalan raya lain,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Katanya, siasatan mendapati suspek bertindak sengaja memberhentikan kenderaan secara mengejut, menyebabkan sebuah kenderaan Perodua Axia di belakangnya turut berhenti secara mengejut sehingga hampir dirempuh sebuah treler.

Raub berkata, pihaknya turut menyita Toyota Fortuner dipandu suspek dalam kejadian itu.



“Setelah kenyataan diambil, suspek dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu hasil siasatannya dilengkapkan.

“Pihak polis mengingatkan orang awam khususnya pengguna jalan raya untuk sentiasa bertolak ansur dan bertimbang rasa untuk mengelak daripada berlakunya sebarang insiden tidak diingini,” katanya menambah kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menerusi empat video tular, masing-masing berdurasi 43 saat, 38 saat, 37 saat dan 37 saat dimuat naik di Facebook, pemandu Toyota Fortuner berwarna putih dirakam melakukan provokasi di atas jalan raya terhadap pengguna jalan raya lain. BH

Polis tahan wanita pandu Fortuner buli Axia




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Akar umbi PAS mahukan MN – Khairuddin



Adi Putra, Beto, Syamsul tiada dalam prekuel Mat Kilau

Musim YB salam B40 sudah tiba



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker