Anwar pening tak tahu nak bertanding di mana

Anwar pening tak tahu nak bertanding di mana

Presiden PKR, Anwar Ibrahim berseloroh, beliau “pening” memikirkan tiga negeri memintanya bertanding pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Itulah ‘seriously; pening juga…Negeri Sembilan minta, Johor minta, Perak minta. Pulau Pinang saja tidak minta saya balik bertanding,” katanya menurut laporan Harian Metro selepas Majlis Pelancaran Iltizam Wanita dan Jentera PRU15 Wanita PH.



Pengerusi PH yang juga penyandang kerusi Parlimen Port Dickson itu sebelum ini membayangkan akan memberi laluan kepada calon lain untuk bertanding kerusi yang disandangnya, termasuk Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun yang dikatakan bakal dipertaruhkan PKR.

Bulan lalu, Anwar pernah memberi bayangan tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Port Dickson dan mungkin bertanding kerusi Parlimen disandang “pengkhianat” PKR dan PH, tanpa menamakan kawasan kerusi itu.

Dalam pada itu, Anwar mengulangi janji PH akan sedaya upaya merampas kerusi yang disandang “pengkhianat” parti pada PRU15.

“Kita akan pastikan kerusi ‘pengkhianat’ ini jangan ada satu pun ‘survive’, kita humban habis semua.



“Kita juga akan bawa perubahan dan pastikan calon kita menang dengan bergaya. Relevannya reformasi PH adalah kita menegakkan keadilan untuk semua.”

Anwar pening tak tahu nak bertanding di mana


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Akar umbi PAS mahukan MN – Khairuddin

Adi Putra, Beto, Syamsul tiada dalam prekuel Mat Kilau



Musim YB salam B40 sudah tiba

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker