Usul sokong Ismail PM dominasi persidangan Umno bahagian

#PRU15

Usul sokong Ismail PM dominasi persidangan Umno bahagian

Usul menyokong keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno yang menamakan naib presiden Ismail Sabri Yaakob sebagai calon perdana menteri ke-10 dalam menghadapi PRU15, mendominasi sebahagian besar mesyuarat Umno bahagian hari ini.

Bahagian yang bersidang hari ini semuanya bersetuju sebulat suara terhadap usul itu.



Di Kelantan, Ketua Umno Machang Ahmad Jazlan Yaakub berkata ia adalah antara enam usul dipersetujui sebulat suara Umno bahagian itu.

“Selain itu, usul lain adalah bagi menyokong usaha mewujudkan keharmonian hubungan, solidariti serta kesatuan idea perjuangan antara Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob bagi PRU15,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan mesyuarat itu yang dihadiri kira-kira 300 orang perwakilan.

Beliau berkata, antara usul lain turut dipersetujui adalah mempercepatkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ke atas dakwaan dan salah laku bekas peguam negara Tommy Thomas berdasarkan isi kandungan buku tulisannya “Justice In The Wilderness” dan menilai semula kaedah pelantikan hakim yang tidak mengikut lunas undang-undang.

Di Johor, ketetapan sama turut diambil oleh empat Umno Bahagian merangkumi Tenggara, Pontian, Parit Sulong dan Tebrau pada persidangan bahagian masing-masing.



Ketua Umno Tenggara yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Dr Adham Baba menerusi catatan di Facebook berkata selain usul berkenaan, bahagian itu juga mahu kepimpinan pentadbiran negara yang diterajui Umno menambah baik rantaian sosio ekonomi dengan lebih rancak dan seimbang serta menjuarai keperluan rakyat.

Ketua Umno Pontian Hasni Mohammad pula berkata usul lain dipersetujui ialah pemilihan calon untuk PRU15 yang perlu mengambil kira calon daripada Parlimen yang sama selain mengusulkan supaya solidariti parti diperkukuhkan sebagai satu pasukan.

Ketua Umno Parit Sulong Zulkurnain Kamisan pula berkata bahagian berkenaan menyokong segala usaha untuk menyatukan kepimpinan Umno demi kelangsungan dan kemenangan BN pada PRU15.

Selain itu mereka turut menyokong saranan agar tema utama manifesto PRU15 iaitu “Kestabilan dan Kemakmuran” seperti mana yang pernah digunakan ketika pilihan raya negeri (PRN) Johor dan Melaka, diteruskan.



Sementara itu Ketua Pemuda Umno Johor, Mohd Hairi Mad Shah, berkata sayap itu akan memperhebatkan penggunaan platform media sosial pada PRU15 dalam usaha mendekati pengundi khususnya golongan muda.

ADUN Larkin itu berkata platform berkenaan akan digunakan bagi menangkis segala fitnah dan tohmahan terhadap Umno dan Barisan Nasional (BN).

Persidangan Bahagian Umno bermula semalam hingga esok melibatkan 191 bahagian. FMT

Usul sokong Ismail PM dominasi persidangan Umno bahagian




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Akar umbi PAS mahukan MN – Khairuddin



Adi Putra, Beto, Syamsul tiada dalam prekuel Mat Kilau

Musim YB salam B40 sudah tiba



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker