Pelumba drag terbunuh di litar perlumbaan

Pelumba drag terbunuh di litar perlumbaan

KUALA NERUS: Perlumbaan Battle of The King (BOTK) 2022 yang berlangsung di Litar Perlumbaan Terengganu, Gong Badak dekat sini dihentikan serta-merta, selepas seorang pesertanya maut ketika perlumbaan.

Kejadian itu dimaklumkan oleh penganjur BOTK 2022, MUSC Motorsport menerusi laman sosial Facebook rasminya.



Menurut penganjur, siri perlumbaan yang sepatutnya berakhir esok ditamatkan serta-merta hari ini dan akan ditangguhkan ke suatu tarikh lain, bagi menghormati mangsa dan keluarga.

“MUSC mengucapkan salam takziah kepada Apeh Jamal dan keluarga.

“Sebagai penghormatan, pihak pengurusan, semua rakan program dan pasukan drag, mengambil keputusan untuk menangguhkan acara BOTK 2022 ini ke suatu tarikh lain yg akan ditentukan kelak,” kata kenyataan itu.

Dilaporkan seorang pelumba drag Apeh Jamal atau nama sebenarnya Muhamad Hafez Jamal Jamaludin, maut sewaktu menyertai perlumbaan drag BOTK 2022.



Mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah selepas kereta lumba yang dipandunya hilang kawalan lalu terbabas. BH

Pelumba drag terbunuh di litar perlumbaan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Akar umbi PAS mahukan MN – Khairuddin

Adi Putra, Beto, Syamsul tiada dalam prekuel Mat Kilau



Musim YB salam B40 sudah tiba

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker