‘Allahuakbar! Saya tak tinggalkan awak, yang…’

Tragedi

‘Allahuakbar! Saya tak tinggalkan awak, yang…’

KULAI: “Allah! Allahuakbar! Saya tidak tinggal awak, yang. Allah, Itu bini saya bang. Allah.. Allah… Allah!”

Jeritan menyayat hati itu datangnya daripada seorang lelaki yang terbabit dalam nahas ngeri di Kilometer 45.7 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di sini, memaklumkan isterinya berada dalam kenderaan yang terbakar.



Rakaman video menyayat hati berdurasi satu minit 37 saat itu tular di media sosial Facebook, dengan kedengaran lelaki itu menyatakan tidak akan meninggalkan isterinya.

Lelaki terbabit bagaimanapun ditenangkan pengguna jalan raya lain dan dibawa ke kawasan lebih jauh berikutan api yang marak.

Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, Mohd Fauzi Md Nor, memaklumkan seorang wanita maut manakala empat yang lain selamat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan itu.

Katanya, wanita yang maut adalah penumpang Proton Wira dan ditemui tersepit serta rentung dalam kenderaan terbabit.



“Kita menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 7.47 malam dan Pasukan Keluaran Operasi (PKO) yang tiba mendapati kebakaran membabitkan sebuah lori jenis Isuzu dan Proton Wira.

“Lori berkenaan terbakar 70 peratus manakala Proton Wira hangus 90 peratus. Sebuah kereta Proton Preve yang turut terbabit dalam kemalangan tidak terbakar.

“Seorang mangsa wanita di tempat duduk penumpang Proton Wira ditemui tersepit dan rentung manakala pemandu kereta sempat keluar menyelamatkan diri,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Beliau berkata, dua lelaki yang menaiki lori dan pemandu Proton Preve dilaporkan selamat. BH



‘Allahuakbar! Saya tak tinggalkan awak, yang…’


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Akar umbi PAS mahukan MN – Khairuddin



Adi Putra, Beto, Syamsul tiada dalam prekuel Mat Kilau

Musim YB salam B40 sudah tiba



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker