40 maut dalam letupan lombong di Turki

40 maut dalam letupan lombong di Turki

ANKARA: Angka kematian dalam kejadian letupan lombong arang batu bawah tanah di wilayah Bartin, utara Turki yang memerangkap 110 pekerja, meningkat kepada 40 orang, kata Menteri Dalam Negeri, Suleyman Soylu pada Sabtu, lapor Xinhua.

Suleyman mengesahkan 110 pekerja berada di lombong itu semasa letupan berlaku kira-kira 300m di bawah tanah pada petang Jumaat lalu di bandar Amasra.

Daripada jumlah itu, 58 berjaya menyelamatkan diri, 11 cedera dan dimasukkan ke hospital, manakala nasib seorang lagi pelombong belum dapat dipastikan, katanya kepada pemberita.

Letupan berlaku pada 6.15 petang waktu tempatan di Amasra Hard Coal Enterprise, menurut kenyataan pihak berkuasa wilayah Bartin pada Jumaat.

Siasatan awal mendapati letupan itu mungkin disebabkan lembapan api, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Fatih Donmez.

Katanya, kebakaran sebahagian besarnya berjaya dikawal, namun usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dilaporkan dalam perjalanan ke lokasi kejadian.

Pada 2014, 301 orang terbunuh di Turki dalam tragedi terburuk kebakaran lombong arang batu di bandar Soma, barat wilayah Manisa. FMT

40 maut dalam letupan lombong di Turki


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Akar umbi PAS mahukan MN – Khairuddin

Adi Putra, Beto, Syamsul tiada dalam prekuel Mat Kilau

Musim YB salam B40 sudah tiba

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker