Anwar turun ke KLIA adakan lawatan mengejut

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan mengejut ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini, untuk melihat sendiri Jabatan Kastam dan Imigresen menjalankan tugas.

Perkembangan ini hadir susulan insiden pada Khamis yang melibatkan seorang menteri, pelancong dari China, dan dakwaan rasuah melibatkan pihak berkuasa.

Dalam satu kenyataan hari ini, Anwar berkata kabinet akan membincangkan perkara itu Rabu ini dan memberi jaminan bahawa siasatan akan dijalankan berhubung perkara itu.



“Tindakan akan diambil terhadap mereka yang terlibat sekiranya terdapat sebarang kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku sehingga menjejaskan operasi,” katanya.

Khamis lalu, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Tiong King Sing melepasi kaunter imigresen untuk “menyelamatkan” seorang pelancong yang ditahan.

Menteri itu mengakui perbuatannya dan berkata ia bagi mendedahkan rasuah di kalangan pegawai di KLIA. Tiong mendakwa warga China itu bukanlah orang pertama yang menerima layanan sedemikian apabila tiba di Malaysia.

SPRM dan polis sedang menyiasat kejadian itu.



Sementara itu, dalam kunjungannya hari ini, Anwar berkata ada beberapa perkara perlu diperbaiki.

“Umumnya majoriti petugas Imigresen berjalan dengan baik cuma ada beberapa masalah kita adakan siasatan untuk perbaiki atau jika ada kesilapan kita ambil tindakan yang sewajarnya

“Saya cuba teliti langkah-langkah yang diambil dan setakat ini saya lihat Imigresen beri respons yang sangat baik dan positif yang perlu dikenal pasti beberapa perkara kecil yang masih tidak mampu membawa perubahan termasuk berdepan dengan beberapa tuduhan,” katanya.

Tambahnya, kabinet akan mengadakan perbincangan mengenai operasi kedua-dua jabatan itu.



Bernama melaporkan Anwar tidak ditemani menteri atau pemimpin tertinggi semasa kunjungannya – yang berlangsung selama 30 minit.

Lawatan mengejut itu dilakukan sebelum perdana menteri menuju ke Kompleks Bunga Raya bagi mengalu-alukan kepulangan Yang di-Pertuan Agong dan Permaisuri daripada menunaikan ibadah haji.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perdana Menteri perlu pecat menteri buat kecoh di KLIA – Ketua Pemuda UMNO

Bangun Pagi Dah Ada Husband – Watie



Shuib tak jemput Sepahtu ke majlis nikah?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker