PRU15: Tuduhan tentera undi awal, Anwar keterlaluan – Hishammuddin

PRU15: Tuduhan tentera undi awal, Anwar keterlaluan – Hishammuddin

Dakwaan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya ada anggota tentera di Bera, Pahang, sudah mengundi awal untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan dibayar untuk berbuat demikian, disifatkan sebagai keterlaluan.

Menyelar kenyataan Presiden PKR itu, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata tindakan Anwar itu juga, dilihat sebagai usaha untuk menidakkan integriti dan maruah Angkatan Tentera Malaysia (ATM), menerusi kepentingan politik yang sempit.



“Saya lihat tindakan Anwar ini mengheret ATM dalam permainan politiknya itu, bukan sahaja membuat pasukan keselamatan kita marah tetapi orang ramai juga berpendapat bahawa perlu ada had dan batasan dalam berpolitik,” kata Bendahari Agung Barisan Nasional (BN) itu kepada pemberita selepas menghadiri Program Jom Santai bersama orang muda Sembrong di Ngepot Kabin, di sini, malam ini.

Program Jom Santai bersama orang muda Sembrong itu juga, dimeriahkan lagi dengan kehadiran penyanyi popular Hanifah Md Hanafiah atau lebih dikenali sebagai Black dan pelawak terkenal Mohd Nasir Hamzah (Achey Bocey) yang turut menghiburkan tetamu yang hadir.

Hishammuddin berkata demikian ketika mengulas mengenai dakwaan penyandang Parlimen Port Dickson itu, semasa ceramah Pakatan Harapan di Kuala Terengganu semalam, kononnya terdapat kem tentera di Bera, yang melaksanakan undian awal hari ini, selain dikatakan dibayar RM300.

Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata beliau tidak menolak kemungkinan apa yang didakwa sebagai undi awal itu adalah undi pos kepada anggota pasukan keselamatan, yang boleh memohon untuk mengundi secara pos, jika mereka tidak dapat hadir semasa hari mengundi awal kerana bertugas.- BERNAMA

PRU15: Tuduhan tentera undi awal, Anwar keterlaluan – Hishammuddin



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penumpang LRT rosak jadi mangsa samun kerana jalan kaki [VIDEO]



Ismail Sabri sokong KJ diangkat sebagai PM pada masa akan datang



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker