PN yakin menang semua kerusi di Terengganu, itulah juga keyakinan ketika di PRN Johor dan Melaka, tetapi hasilnya semua orang tahu

Menteri Komunikasi dan Multimedia sementara Annuar Musa menyifatkan adalah mustahil untuk Perikatan Nasional (PN) menang di kesemua lapan kerusi parlimen di Terengganu dalam pilihan raya umum (PRU) ke-15, pada 19 November ini.

Penyandang kerusi parlimen Ketereh yang tidak tersenarai sebagai calon itu juga menafikan tanggapan bahawa Umno kekurangan calon yang baik.

“Saya rasa tak mungkin (PN) boleh ambil semua lapan parlimen, tak mungkin. (Dan dakwaan hanya Rozi Mamat calon terbaik yang BN ada) itu penilaian musuh.



“Kalau nak tanya buruknya kita, tanyalah musuh. Nak tanya baiknya kita, tanyalah penyokong,” kata Annuar kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama penduduk Pulau Bahagi, Manir, Hulu Terengganu, malam tadi.

Annuar berkata demikian mengulas kenyataan penyandang kerusi parlimen Hulu Terengganu, Rosol Wahid pada Khamis yang menyatakan keyakinannya PN mampu menyapu bersih semua lapan kerusi parlimen di Terengganu.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sementara itu, berkata keyakinan tersebut dibuat berdasarkan rekod baik pentadbiran kerajaan negeri di bawah pentadbiran PAS di negeri terbabit.

Rosol yang keluar Umno untuk menyertai Bersatu pada Disember 2018 juga berkata calon BN Rozi Mamat yang menajdi lawannya di kerusi Parlimen Hulu Terengganu adalah hanya satu-satunya calon terbaik yang mampu Umno ketengahkan.



Saingan hebat

Mengulas lanjut, dakwaan itu, Annuar berkata setiap calon yang diketengahkan mempunyai kelebihan dan kekuatan masing-masing.

“Saya tak fikir calon (kerusi Parlimen) Setiu kurang kualitinya dan saya tak fikir calon Kuala Nerus kurang kualiti berbanding dengan PAS. Saya juga tidak fikir calon Kemaman kurang kualitinya.

“Sebaliknya saya nampak calon-calon BN di Terengganu terdiri daripada calon-calon yang cukup berpengalaman.



“Malah, saya rasakan rakyat Terengganu mempunyai peluang yang luas untuk memilih ahli parlimen yang mereka yakin dan BN Terengganu berkeupayaan untuk memberikan saingan yang hebat di Terengganu di kawasan-kawasan,” katanya.

Tambah Annuar dia juga yakin BN mampu menawan beberapa kerusi di parlimen Terengganu.

“Yang pasti Hulu Terengganu dah tentu dah, kalau saya tengoklah dan ada tiga, empat lagi kerusi BN yang saya nampak berkeupayaan memberi tentangan yang sengit.

“Kurang-kurang tiga atau empat kerusi…di Besut, Setiu, Kemaman dan Hulu Terengganu ini yang saya nampak ada kekuatan yang hebat dan tak kurang juga di bahagian lain. Tapi itu biar rakyat yang ditentukan,” katanya.



Pada PRU14 lalu PAS memenangi enam kerusi Parlimen di Terengganu iaitu MarangKuala TerengganuKuala Nerus, Setiu, Kemaman dan Dungun.

Manakala BN berkuasa di dua parlimen iaitu Besut, dan Hulu Terengganu. Bagaimanapun, BN hanya tinggal satu kerusi selepas Rosol yang keluar Umno untuk menyertai Bersatu pada Disember 2018.

Henti retorik

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Annuar turut menasihatkan Pengerusi PH, Anwar Ibrahim agar berhenti beretorik.



Katanya, lebih-lebih lagi jika sekadar mahu mencari publisiti.

“Kena beritahu pada Anwar berhentilah beretorik. Pilihan raya ini kita ada peraturaan dan undang-undang, kalau dia ada maklumat maka maklumat itu perlu disampaikan kepada pihak yang berkuasa bukan guna untuk publisiti

“Bila guna untuk publisiti orang akan tanya mana buktinya, bila dan dimana. Bila berlaku, melanggar undang-undang yang mana, betul atau tidak ia wujud.

“Masalah sahabat saya ini dia daripada dulu sampai sekarang dia punya tantrum tu macam itu juga. Tapi kalau dalam soal pilihan raya dan soal undang-undang hendaklah kita buat laporan supaya tindakan boleh diambil kalau betul,” katanya ketika mengulas dakwaan Anwar bahawa ada anggota tentera telah mengundi awal daripada tarikh pengundian 15 November ini.



Tambah Annuar adalah malang apabila apa yang didakwanya itu dianggap betul sebelum ia dibuktikan betul.

“Malangnya, kalau dia lontar begitu untuk dapatkan publisiti orang akan anggap benda itu sudah betul sedangkan perkara itu belum dibuktikan betul.

“Saya pun keliru apa benda yang dimaksudkan. Sebab kalau tentera dia ada proses-proses pengundian undi awal dikalangan tentera,” katanya.

Anwar yang juga presiden PKR sebelum ini mendakwa ada anggota tentera khususnya dalam kawasan parlimen Bera sudah mengundi untuk PRU15 kali ini.

Anwar turut mendakwa anggota tentera terbabit dibayar RM300 untuk berbuat demikian.

Bagaimanapun, perdana menteri sementara Ismail Sabri Yaakob menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkan ia sebagai fitnah serta tuduhan jahat kepada pasukan keselamatan itu.

Sementara itu, SPR dalam satu kenyataan berkata, sekiranya mana-mana pihak mendapati berlaku perbuatan menyogok atau merasuah semasa proses pengundian pos di kawasan parlimen Bera seperti didakwa, pengadu yang mempunyai maklumat atau bukti disarankan untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

SPR menetapkan hari mengundi ialah pada 19 Nov ini menakala bagi pengundian awal, pemilih yang terlibat boleh mengundi pada 15 Nov.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penumpang LRT rosak jadi mangsa samun kerana jalan kaki [VIDEO]

Ismail Sabri sokong KJ diangkat sebagai PM pada masa akan datang

Mat Sabu ‘Koyak’ di Kota Raja, maki perempuan bohsia [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker