Apabila Abang Besar Mula Mengugut….- Asyraf Wajdi

Apabila Abang Besar Mula Mengugut….

Ramai keliru dengan mendakwa bahawa Kerajaan hari ini adalah Kerajaan UMNO/BN kerana yang jadi PM adalah UMNO.

• Hakikatnya, ini bukan Kerajaan BN/UMNO, tetapi sebuah Kerajaan campuran atau lebih tepat Kerajaan PN 2.0 atau dijenamakan sebagai Kerajaan Keluarga Malaysia.

• Realitinya, UMNO hanya mempunyai 37 kerusi Parlimen (jika ditambah MCA, MIC dan PBRS menjadikan 41), sedangkan Parti Perikatan Nasional (PN) menjadi komponen terbesar dengan 53 kerusi (PPBM=32 + Pas=18 + STAR=1 + Bebas=2). Komponen lain yang menbentuk kerajaan termasuk GPS = 18 dan PBM = 2.

• Sebab itulah apabila Ketua Penerangan PPBM mula mendedahkan dengan nada mengugut bahawa sokongan PN kepada DS Ismail Sabri Yaakob adalah BERSYARAT, pastinya mampu menggoyahkan kedudukan Kerajaan.

• Sememangnya antara syarat utama apabila PM ke-9 dilantik, sokongan bersyarat termasuklah untuk dikekalkan anggota kabinet yang sama di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin seperti Menteri Kewangan Tengku Zafrul, Menteri Dalam Negeri DS Hamzah Zainudin, Menteri Kanan Azmin Ali dan lain-lain.

• Dalam kondisi dan situasi sebegini pastinya tidak mudah bagi seorang Perdana Menteri yang bukan mewakili parti terbesar dalam Kerajaan untuk menentukan hala tuju jelas apatah lagi mahu melakukan tindakan berani memperkenalkan dasar-dasar berkepentingan rakyat jika sentiasa diugut dan diancam (tekan Button/tarik sokongan) daripada parti seperti PN yang mempunyai komposisi terbesar.

• Justeru, negara tidak akan mungkin mampu stabil dan memperoleh keyakinan dan kepercayaan komuniti perniagaan apatah lagi pelabur asing jika Kerajaan dalam keadaan tidak punya mandat sebenar rakyat dan boleh berubah dan diugut pada bila-bila masa.

•Sebab itulah pendirian saya dan Pemuda UMNO sejak dari awal tidak pernah bersetuju untuk mendirikan Kerajaan melalui pintu belakang. Cuma menghormati Titah YDP Agong yang tidak bersedia untuk membubarkan Parlimen tatkala rakyat berhadapan dengan Pandemik apabila jatuhnya Kerajaan PH apabila Tun Mahathir letak jawatan sebagai PM-7.

• Walau bagaimanapun, persefahaman awal dalam Mesyuarat JK Induk MN antara UMNO dan PAS, penyertaan dalam Kerajaan pada 1 Mac 2020 dahulu hanyalah untuk sementara waktu bagi menstabilkan Negara sebelum menyerahkan kembali mandat mutlak kepada rakyat.

• Justeru, jika ugut-mengugut sebagaimana kenyataan Ketua Penerangan PPBM ini dan Presiden PPBM sendiri sebelum ini berterusan bahkan dasar-dasar berkepentingan rakyat seperi KWSP 10k sukar hendak dilaksanakan, maka jalan penyelesaian terbaik untuk mengembalikan KESTABILAN negara ialah diserahkan kembali Mandat kepada rakyat.

• Selagi tiada mandat rakyat selagi itulah Kerajaan tidak akan memperoleh keyakinan dan kepercayaan pelabur.

• Selagi Perdana Menteri berterusan diancam kerana bukan daripada komponen parti terbesar selagi itulah segala usaha untuk memulihkan ekonomi pasti terbantut hingga menjejaskan kemakmuran rakyat dan kestabilan negara.

Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Apabila Abang Besar Mula Mengugut….

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker