Puad Zarkashi Hanya Mahu Jadi Wakil Rakyat Terbaik

Oleh Nurul Aishah

Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit, Datuk Mohd Puad Zakarshi digeruni pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) atas kelantangan suara beliau membidas pembangkang.

Ketika kebanyakkan pemimpin lain tunduk kepada Mahathir dan Muhyiddin yang menggunakan pendekatan “ugutan”, Datuk Puad semakin lantang dan semakin kerap mengkritik salahlaku PH dan PN kerana beliau sedar rakyat sedang menderita angkara parti Mahathir, parti Muhyiddin dan PH.



Apabila Datuk Puad bertanding di DUN Rengit mewakili Barisan Nasional (BN), pembangkang sedaya upaya merekayasa isu agar menjejaskan kempen beliau. Bagi pembangkang, Datuk Puad merupakan satu ancaman kepada mereka.

Namun begitu Datuk Puad yakin beliau mampu memenangi hati rakyat Rengit memandangkan beliau merupakan orang lama yang berjiwa baru serta bersemangat tinggi.

“Pada saya, semakin lama saya, semakin berpengalaman saya, semakin saya melihat cabaran-cabaran terkini maka saya semakin baru dari segi jiwa keyakinan “commitment” untuk terus membela rakyat”, kata Puad Zarkashi pada Mykmu.

Disamping itu juga, beliau membidas pembangkang yang menuduh beliau melobi untuk jawatan Menteri Besar Johor.



Datuk Puad sebagai ahli MKT patuh kepada keputusan pucuk pimpinan parti bahawa Datuk Hasni adalah ‘poster boy‘ dan dia jugalah calon Menteri Besar (MB) Johor.

Sebenarnya langsung tidak timbul soal beliau melobi. Malah awal-awal lagi beliau sudah memberitahu kepada Presiden UMNO, insya Allah jika beliau menang, beliau tidak mahu jawatan dalam Exco.

“Apa yang saya mahu adalah saya menjadi wakil rakyat yang terbaik, yang tidak berbohong kepada rakyat”, tambah Puad Zarkashi lagi.

Dalam perkara ini kita dapat melihat keikhlasan Puad Zarkashi terhadap rakyat Rengit.



Slogan ‘4K@Rengit’ yang merangkumi empat kunci utama iaitu Kesejahteraan, Kesihatan, Kecergasan dan Keceriaan akan menjadi ikhtiar kemenangan Barisan Nasional (BN) di Rengit pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Menurut Datuk Puad, ia merangkumi ikhtiar kesejahteraan iaitu pembinaan rumah-rumah kos rendah dan mampu milik.

Bagi ikhtiar yang melibatkan kesihatan, pembinaan pusat dialisis akan diwujudkan di Rengit yang mempunyai pelbagai kemudahan seperti terapi fisio dan kemudahan kenderaan untuk mengambil pesakit yang memerlukan rawatan dialisis.

Selain itu, penyediakan wakaf kesihatan seperti katil hospital, keperluan oksigen dan sebagainya turut akan diwujudkan di kawasan Rengit yang akan dimanfaatkan oleh masyarakat setempat.



Elemen kecergasan juga menjadi agenda utama ikhtiar yang akan dilakukan dengan menggalakkan golongan muda menyertai pelbagai aktiviti sihat dengan mewujudkan banyak kelab sukan khususnya dua jenis sukan iaitu sepak takrawdan berbasikal.

Beliau akan menaiktaraf semula kemudahan-kemudahan sukan yang ketika ini sudah banyak yang rosak contohnya gelanggang futsal dan kecergasan.

Seterusnya adalah ikhtiar keceriaan dengan memperbanyakkan lampu limpah dan naiktaraf hiasan bunga serta berusaha mengecat semula bangunan-bangunan yang terdapat di Pekan Rengit dengan warna warni.

Datuk Puad pernah menjadi Ahli Parlimen Batu Pahat yang merangkumi DUN Penggaram, Senggarang dan Rengit, bahkan ketika bukan lagi menjadi wakil rakyat selama dua penggal pun beliau sentiasa berada di kawasan.



Jom undi calon Barisan Nasional bagi DUN Rengit ini kerana beliau pasti tidak akan mengecewakan rakyat. Datuk Puad Zarkasi akan bagi yang terbaik buat rakyat Rengit.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker