Minta bantuan wakil rakyat yang dipilih bukan yang kalah

Minta bantuan wakil rakyat yang dipilih bukan yang kalah

Orang ramai seharusnya memohon bantuan mengikut saluran betul seperti yang telah ditetapkan wakil rakyat setempat bukannya meminta pada calon yang kalah.

Dalam satu hantaran di Twitter, bekas calon Pakatan Harapan bagi kerusi Parlimen Sg Besar, Saipolyazan M Yusop berkata, mereka seharusnya meminta bantuan terus kepada penyelaras atau ADUN yang telah dipilih.



Ini berikutan seorang ustazah dari sekolah agama di Sungai Besar yang memohon bantuan bagi program yang dianjurkan pihak sekolah daripadanya meskipun kalah dalam pilihan raya yang lalu.

“Saya minta beliau mohon melalui ePrihatin Sg Besar. Beliau membalas ingin meminta terus kepada saya.

“Saya berkata kalau banyak begitu beliau boleh meminta dari Penyelaras atau ADUN yang dipilih. Beliau hanya diam dan kemudian merayu jika saya boleh bantu walau sedikit,” katanya dalam satu ciapan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai menasihatkan Saipolzayan untuk lebih berhati-hati dan bersetuju dengan tindakan yang diambil beliau.



“Betul dah tu, peruntukan untuk program ni suruh la minta daripada ADUN/penyelarasan kawasan. Lain la minta bantuan segera untuk orang susah atau perkara kecemasan, boleh diusahakan,” ujar Marcescens.

“Berpada-pada lah Tuan. Kadang-kadang kita bukan tak nak jadi baik tapi kena juga tengok keadaan. Suruh je ustazah tu minta kat ADUN,” komen Nurul.

Setakat ini ciapan tersebut meraih 94 ulang ciap, 313 tanda suka dan 38,700 tontonan. K Online

Minta bantuan wakil rakyat yang dipilih bukan yang kalah



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sebab UMNO kalah teruk



Kamal Adli takut buka media sosial

Sharnaaz, Amelia kongsi momen jatuh cinta



Bikini Amy Nur Tinie bikin panas

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker