Jadi YB boleh kaya ke, ini respon Altimet

Jadi YB boleh kaya ke, ini respon Altimet

Umum mengetahui, penyanyi rap, Altimet telah berjaya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu lalu.

Dibanjiri Dengan Aduan Rakyat
Baru beberapa hari sahaja memperoleh kemenangan dalam PRN serta masih belum mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), laman media sosial Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman telah mula dibanjiri dengan aduan rakyat antaranya seperti masalah air di Taman Kosas serta penambahbaikan Bas Rapid KL bagi laluan Lembah Jaya Utara.



Terbaik YB!
Tolong tambahbaik frequency bas RapidKL untuk laluan Lembah Jaya Utara. Amatยฒ diperlukan ๐Ÿ™
โ€” Mirun ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ (@amirun_mizan) August 13, 2023

@altimet cipp
Taman kosas tak ada air ni
Kasi adjust cepat sikit cip
Dah menang kan ๐Ÿ˜‚
โ€” ่‰พ่ฟ›ๅฐ” (@AidilArmen) August 13, 2023

โ€œJadi YB Kaya Ke?

Walaubagaimanapun, laman media sosial penyanyi rap ini turut mendapat persoalan oleh salah seorang netizen yang bertanyakan kepadanya adakah dapat menjadi kaya dengan memegang jawatan sebagai YB. Jelas Altimet, menjadi YB tidak kaya seperti yang dimaksudkan, serta membeli saham amanah dan Amanah Pelaburan Hartanah (REIT) jika mahukan risiko yang sedikit rendah.



โ€œJadi YB tak kaya. Kalau DCA emas & btc selama 10 tahun boleh la bernafas lega sikit. Kalau nak risiko rendah sedikit, beli saham amanah & REIT. Time in the market beats timing the market.โ€-balas Altimet di Twitter

Sekadar info, Altimet berjaya menawan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan memperoleh 26,298 undian menewaskan Sharifah Haslizah Syed Ariffin daripada Perikatan Nasional (PN) yang memperoleh 19,260 undi.

Menerusi kemenangan tersebut, Altimet menjadi selebriti kedua yang bergelar wakil rakyat selepas pelakon, Dira Abu Zahar.

Jadi YB boleh kaya ke, ini respon Altimet



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sebab UMNO kalah teruk



Kamal Adli takut buka media sosial

Sharnaaz, Amelia kongsi momen jatuh cinta



Bikini Amy Nur Tinie bikin panas

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker