100 remaja di Kelantan tolak vaksin

100 remaja di Kelantan tolak vaksin

KOTA BHARU: Dianggarkan lebih kurang 100 golongan remaja di negeri ini dikesan enggan menerima suntikan vaksin Covid -19, dipercayai akibat terpengaruh dengan ibu bapa masing-masing.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr. Izani Husin berkata, berdasarkan tinjauan pihaknya, kumpulan itu tidak memberi alasan khusus mengapa mereka menolak vaksin.



“Berkemungkinan besar dipengaruhi ibu bapa mereka. Selain itu, ada juga remaja terbabit masih menunggu persetujuan ibu bapa masing-masing.

“Sehingga kini, kita kesan kira-kira 100 remaja yang enggan divaksin namun secara keseluruhan sambutan terhadap program vaksinasi dalam kalangan remaja amat menggalakkan sejak dimulakan 20 September lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas turun padang melihat perkembangan vaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Remaja di Sekolah Kebangsaan (SK) Demit 2, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr. Izani berkata, sehingga hari ini, kira-kira 160,000 remaja berumur antara 12 hingga 17 tahun di seluruh Kelantan sudah menerima sekurang-kurangnya suntikan dos pertama.



“Sebanyak 52 sekolah dijadikan PPV untuk vaksinasi remaja di seluruh negeri dan dianggarkan seramai 9,000 remaja hadir mendapatkan suntikan masing-masing setiap hari,” katanya.

Dr. Izani turut memberitahu, memandangkan populasi penduduk Kelantan yang sudah menerima vaksin telah mencecah 95 peratus, Kelantan bakal beralih ke fasa tiga Program Pemulihan Negara (PPN) dalam masa terdekat.

“Kes harian di negeri ini bagaimanapun masih mencatat empat angka dan ia dilihat berpunca daripada sikap orang ramai yang sudah mula mengabaikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

“Kita kesan terdapat aktiviti berkumpul seperti dalam majlis kenduri serta tahlil hingga menyebabkan tercetusnya kluster baharu,” katanya. Utusan



100 remaja di Kelantan tolak vaksin


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tindakan Achey Bocey bantu warga asing dipuji (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker