Warga asing lengkap vaksin dibenar solat di masjid Pulau Pinang

Sebaran :

GEORGE TOWN – Warga asing yang lengkap vaksin Covid-19 dibenarkan untuk menunaikan solat Jumaat dan solat fardhu di masjid dan surau di Pulau Pinang bermula esok.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Mohd. Zakuan Zakaria berkata, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira situasi semasa, namun kadar bilangan jemaah masih kekal mengikut keluasan ruang solat masjid dan surau.

“Seperti mana makluman pada 17 September, JHEAIPP telah memberi kelonggaran khususnya pertambahan bilangan jemaah yang dibenarkan untuk solat Jumaat, solat fardu dan solat jenazah.

“Setelah mengambil kira situasi semasa berikutan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, maka dibuat beberapa ketetapan antaranya warga asing dibenarkan untuk menunaikan solat dengan syarat telah menerima vaksin lengkap,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Zakuan, kuliah Subuh dibenarkan dengan kadar 45 minit sahaja setelah selesai solat masing-masing atau di tempat yang ditandakan.

“Program ceramah dan majlis rasmi di masjid atau surau serta program gotong-royong masih tidak dibenarkan,” katanya

Warga asing lengkap vaksin dibenar solat di masjid Pulau Pinang


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


UMNO bahagian perlu ada kekuatan politik tampil calon muda


Sebaran :

Leave a Reply