Rider dibantai berjemaah, isteri datang tolong (Video)

Rider dibantai berjemaah, isteri datang tolong (Video)

Baru-baru ini, tular di laman Twitter mengenai sebuah video memaparkan pergaduhan antara sekumpulan ahli keluarga dan sepasang suami isteri dipercayai ‘rider’ di sebuah syarikat penghantar makanan.

Menerusi video tersebut, dilihat seorang lelaki memakai baju berwarna merah memberi amaran kepada seorang wanita memakai tudung kelabu yang merupakan isteri kepada ‘rider’ berkenaan.



Bukan itu sahaja, lelaki itu kemudiannya berhadapan dengan ‘rider’ berkenaan dan bertanya cara untuk selesaikan masalah yang berlaku di antara mereka.

Eh jangan kurang ajar. Ajar bini kau. Faham tak? Ajar bini kau. Kau tahu tak, kita nak settle, apa lagi masalah?
Berang dengan provkasi tersebut, ‘rider’ berkenaan kemudiannya melepaskan tumbukan ke arah wajah lelaki itu.

Bagaimanapun, tindakan ‘rider’ itu telah menyebabkan ahli keluarga lelaki berkenaan turut menyertai pergaduhan tersebut dengan memukul dan menendang ‘rider’ itu secara beramai-ramai.

Apa yang menjadi perhatian orang ramai ialah apabila isteri kepada ‘rider’ itu cuba untuk melindungi suaminya dengan memeluknya namun turut disepak dan dipukul secara berjemaah.



Susulan itu, perkongsian video tersebut telah menimbulkan rasa kurang senang orang ramai terhadap ahli keluar lelaki berkenaan kerana menganggap mereka tidak sepatutnya berbuat demikian.

Sehingga kini, video tersebut telah meraih 31.3K tontonan, 2.3K ciap semula, dan 3.6K tanda suka di laman Twitter.

Rider dibantai berjemaah, isteri datang tolong (Video)

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pengunjung taman safari dikejutkan dengan rempuhan Singa yang bergaduh dihadapan kereta [VIDEO]

Dari Subang Jaya dengan aksi kejar-mengejar, akhirnya penyamun diberkas di Klang



Geng Motor Pancung Leher Orang



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker