Wanns Ahmad ketengah isu onani dalam lagu

Wanns Ahmad ketengah isu onani dalam lagu

Penyanyi dan pelakon Wanns Ahmad, 32, mengambil tindakan berani paparkan isu onani kerana mahu memberi kesedaran menerusi muzik video (MV) lagu baharunya.

Wanns atau nama sebenarnya Wan Nursalam Wan Ahmad berkata, dia mendapat idea itu daripada rakannya dan terfikir ia sangat menarik untuk MV lagunya yang berjudul Makhluk Jalang Terbuang.

“Saya risau juga bila ramai terfikir saya berdepan masalah ketagihan onani kerana berkongsi sedutan promosi itu. Saya memang berniat untuk cuit orang ramai kerana tujuan utama adalah mahu sebar kesedaran.

“Idea itu juga adalah simbolik yang cukup menarik untuk mesej dalam lagu saya itu sampai. Tabiat itu sememangnya boleh beri kepuasan sementara tapi mendatangkan mudarat di kemudian hari.

“Saya berani mengangkat isu berkenaan dalam MV lagu itu kerana ia kisah umum yang kira terpinggir dibincangkan. Jadi, saya jentik hal itu dalam MV dengan niat untuk pendidikan berfaedah,” katanya.

Melancarkan MV terbabit pada jam 8 malam ini, Wanns tidak nafikan sengaja mengambil teknik promosi begitu.

Baginya, dengan cara itu tentu lebih berkesan untuk tarik perhatian ramai.

“Saya sengaja mencuit orang supaya ambil kisah apa niat utama saya dalam projek lagu itu. Biarlah mereka berikan perhatian dan mungkin kongsikan lagi mengenai karya terbabit.

“Saya juga tidak menjawab sebarang kekeliruan di media sosial supaya peminat tertunggu-tunggu. Semoga mereka mendapat maksud sebenarnya yang ingin saya sampaikan dalam lagu ini,” katanya.

Wanns mencipta sepenuhnya lagu terbabit selepas lebih lapan tahun tidak keluarkan lagu. HM

Wanns Ahmad ketengah isu onani dalam lagu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pengunjung taman safari dikejutkan dengan rempuhan Singa yang bergaduh dihadapan kereta [VIDEO]

Dari Subang Jaya dengan aksi kejar-mengejar, akhirnya penyamun diberkas di Klang

Geng Motor Pancung Leher Orang

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker